Raja-Raja Melayu perlu berperanan demi negara
SESUNGGUHNYA negara kita sekarang ini berada dalam keadaan sangat
tidak kondusif, harubiru. Keadaan seburuk hari ini belum pernah berlaku
sejak negara ini wujud secara perlembagaan lebih 64 tahun lalu.
Hatta keadaan seperti hari ini juga tidak berlaku dizaman negara ini dibawah penjajah British dan Jepun bernama Tanah Melayu. Keadaan
yang ada hari ini juga merupakan ujian terbesar kepada semua rakyat
negara ini untuk menjamin Malaysia terus utuh sebagai sebuah negara
berdaulat dan dihormati di mata dunia serta membuktikan bahawa rakyat
Malaysia yang dilepaskan oleh kolonalisme berjaya menguruskan diri
mereka sendiri. Apakah sejak negara mendiri 64 tahun lalu kita pernah
melalui keadaan segetir hari ini?
Ada tiga
faktor atau sebab yang meletakkan keadaan negara sangat getir dan
berpotensi menghadapi kehancuran lebih teruk dengan apa yang berlaku
hari ini. Tiga faktor itu ialah, krisis politik, ancaman pandemik dan hilang keyakinan rakyat (lost confidence).
Kita
sekarang ini berada dalam kolam api krisis politik. Krisis ini berlaku
apabila parti yang mendapat kepercayaan rakyat (PH) dalam Piraum ke-14
dinafikan hak mereka oleh pengkhianatan yang dilakukan menerusi kudeta.
Rampasan kerajaan Persekutuan (kudeta) itu adalah pertama kali berlaku
sejak 66 tahun lalu ketika kerajaan Persekutuan masih berfungsi.
Bermula
dari situ, sistem demokrasi kita mulai pincang dan tidak teratur lagi.
Kita gagal menenangkan keributan gara-gara kudeta itu. Politik kita
terus berombak dan beralun dengan api dendam dan geram untuk menebus
kerajaan yang hilang menyala-nyala berterusan hingga kini.
Politik
menjadi cemar dan kotor, hitam dan hamis huduh dan celaka. Sistem
demokrasi juga seperti tidak dihormati lagi. Masing-masing pemuka
politik menegakkan benang basah. Mereka bertegang leher bukan menegakkan
kebenaran demi rakyat tetapi mempertahan kebatilan demi tembolok. Ini
menjadi rakyat yang tidak berdosa dan mereka yang memahami politik
demokrasi yang asasnya untuk kebaikan, jadi kecewa dan hampa serta
hilang kepercayaan.
Krisis ini turut menjadi
para pemain politik, kotor dan cemar (celaka) apabila mereka telah
menjadikan diri dan kedudukan selaku wakil rakyat sebagai bahan dagangan
atau aset untuk kepentingan diri bagi memuaskan nafsu sekarakah. Mereka
yang dipilih rakyat dalam pilihan raya membuat keputusan tanpa merujuk
kepada rakyat lagi. Mereka menjadikan kemenangan itu hak mereka
peribadi. Mensodomi kepercayaan pengundi. Cis.
Mereka
tidak lagi menjadikan jawatan dan maruah diri meneruskan perjuangan
yang mereka ikrar dalam perlembagaan dan manifesto parti yang mereka
sertai. Mereka tidak lagi meletakkan perjuangan sebagai asas berpolitik
yang murni.
Mereka ini sanggup melompat meninggalkan parti hanya semata-mata untuk menyertai parti yang boleh memberikan mereka jawatan. Jawatan menjadi matlamat mereka. Tindakan ini mereka digelar "katak" haiwan dua alam (amfibia) yang suka melompat dan hidup dua alam. Tanpa disedari apabila pemain politik (wakil rakyat) sudah dianologikan sebagai haiwan ia sebenarnya sangat-sangat hina. Tetapi bagi mereka terlibat seperti tidak terkesan dengan penghinaan itu malahan dianggap suatu trend. Orang-orang ini adalah yang tidak ada roh perjuangan langsung.
2. Pandemik.
Pandemik
Covid-19 yang mula mengancam negara ini awal tahun 2020 sedang memberi
dampak yang buruk. Bukan sahaja jumlah kehilangan nyawa sudah ribuan,
dan akan bertambah saban hari, tetapi pandemik itu juga memberi
implikasi sampingan lain yang parah. Disebab pandemik ini rakyat
menghadapi kesan psikologi dan sosial yang parah, apabila ada keluarga
menjadi mangsa (maut), kehidupan melarat kerana kesan ekonomi,
kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Mereka harus bertarung dalam
kemelut ini dalam masa yang entah bila berhujung.
Pandemik
juga menjadikan masalah sosial yang berbagai, kegagalan usaha untuk
menangani menjadikan ia tambah buruk mencemaskan. Belum kelihatan
cahaya di hujung terowong untuk melihat bencana ini akan berakhir,
realitinya kemelut makin berserabut dan bersimpul.
3. Rakyat hilang kepercayaan. (Lose confidence).
Kesan atau turutan daripada dua faktor itu rakyat hilang kepercayaan (lost confidence).
Ini menyebabkan kerajaan yang ada hari ini bukan lagi disokong dan
didokong oleh rakyat sebaliknya dicemuh dan dibenci. Bagi sesebuah
kerajaan, apabila mereka tidak diberikan sokongan dan semangat mereka
tidak mungkin dapat melaksanakan apa-apa yang dirancangkan meskipun
baik. Jadilah kewujudan mereka seada-ada sahaja, sebagai tunggul atau
atau mumia.
Kerajaan yang demikian
tidak akan dapat berfungsi, memberi faedah untuk rakyat dan negara, cuma
ia bermanfaat kepada mereka menjadi anggotanya secara peribadi apabila
mereka dapat manfaat imbuhan serta puas nafsu kerana berjaya menghalang
orang lain daripada mengambil tempat mereka sebagai kerajaan. Apakah
kejayaan seperti itu sesuatu yang boleh dibanggakan?
Disebabkan
tiga faktor dan senario itu negara berada dalam keadaan amat parah. Ini
memerlukan suatu tindakan atau pun selosi diluar fikir bagi
mengatasinya. Sehubungan itu satu makenisme perlu difikirkan untuk
membawa negara dan rakyat keluar dari bencana dan bahana.
Peranan dan tanggungjawab Raja-Raja.
Dalam
hal ini pada hemat saya sudah sampai masanya untuk menyelesaikan
masalah dihadapi negara ini termasuk memimpin kerajaan tidak lagi
diserahkan kepada orang politik. Dengan krisis atau kemelut yang berlaku
tanpa tanda tamat ini sudah jelas bahawa orang politik bukan penyelesai
yang baik. Orang politik gagal menunjukkan wibawa dan ilmu berpolitik
mereka untuk menangani isu negara. Politik bukan makenisme penyelesaian.
Baik di pihak memegang kerajaan maupun pembangkang mereka gagal untuk mengatasi kemelut negara yang sangat meruncing kini.
Justeru
golongan atau ahli politik tidak lagi boleh diharapkan untuk mengatasi
masalah negara yang sedang tenat ini. Golongan politik tidak boleh
diharap lagi untuk mengubati negara. Mereka bukan penawar ampuh.
Walaupun dalam politik itu terdapat pelbagai pakar; undang-undang,
geologi, sejarahwan, arsitek, doktor, agamawan dan lain-lain semua sama
sahaja.
Perlu diketahui lantaran sikap dan
ulah merekalah menyebabkan negara berada dalam kancah hari ini.
Kebabilan dan "kedediran" mereka gila kuasalah yang telah menjadi balak
dan neraka kini. Perebutan kuasa, konspirasi, provokasi dan sebagainya
terus dimainkan sampai pandemik juga dijadikan alat dan modal demi
kuasa.
Parlimen yang merupakan "rumah" tempat menggubal undang-undang sudah tidak dihormati lagi. Parlimen kini menjadi buruk dan busuk, tidak berperaturan, hilang kemuliaan dan keagungannya disebabkan ulah anggotanya. Di situ mereka boleh bertempik sesuka hati, peraturan dilanggar semahunya. Ahli politik hilang moral dan pekerti. Penjaga pintu parlimen pula bertindak seperti orang buta huruf tidak tahu membaca undang-undang dan peraturan, sanggup pula mengelirukan dewan. Parlimen sudah jadi macam kandang lembu atau babi membusukkan.
Justeru perlu makenisme atau institusi lain untuk membaiki keadaan ini. Institusi yang saya maksudkan ialah Raja-Raja Melayu.
Ini sahajalah institusi yang boleh diberikan kepercayaan dan harapan
untuk membaiki dan memulihkan keadaan negara, khas dari aspek
pentadbiran. Mungkin tidak ada peruntukan undang-undang memberi kuasa
sebesar kepada institusi tertua ini tetapi Raja-Raja boleh menggunakan
kedaulatan yang ada kepada mereka.
Sudah
sampai masanya Raja-Raja Melayu mengambil peduli dan memainkan
peranannya. Rakyat perlu membelakang amalan yang dipegang dan amalan
demokrasi selama ini untuk memberi kepercayaan kepada Raja-Raja Melayu.
Menyerah perkara ini kepada Raja-Raja bukan bermakna kita mahu
mengembalikan pemerintahan berRaja (feudal, monarchical government) tetapi hanya sekadar untuk menjadi penyelesai kepada kemelut yang berlaku.
Apabila
sistem demokrasi, institusi parlimen gagal (kerana disekat dan dicabuli
serta tidak dihormati) bagi merungkai apa yang sedang berlaku kini,
maka kuasa mutlak Raja-Raja Melayu (kuasa terlindung) boleh dipergunakan
dan perlu dipergunakan. Semua rakyat harus akur dan sedia memahami
untuk memperlakukan ini. Apakah Raja-Raja Melayu ada kuasa untuk
bertindak? Jawabnya subjektif bergantung kepada pentafsiran. Dalam hal
ini mungkin kita memerlukan kepada suatu "konvensyen" baru.
Bagi
pemulaan untuk menjayakan perkara ini Raja-Raja Melayu boleh memanggil
semua ketua-ketua parti politik yang ada wakil dalam parlimen untuk
duduk bersama bagi membincang dan mennghadam pandangan raja-raja nanti.
Perbincangan secara bersemuka ini lebih sempurna daripada cara pertemuan
atau panggilan menghadap dilakukan secara berasingan seperti sebelum
ini.
Dalam perjumpaan atau majlis itu nanti
ini semua kesembilan Raja-Raja Melayu hendaklah diundang dan berangkat.
Yang diPertuan Agong bertindak menjadi pengerusi. Di dalam majlis ini
nanti boleh dicadangkan atau kemukakan cadangan berupa solusi daripada
Raja-Raja untuk menyelesaikan atau menghentikan kemelut yang berlaku
kini.
Cadangan itu mungkin menggantungkan
kerajaan kini dengan digantikan kerajaan sementara (interim). Cara ini
adalah mungkin satu formula terbaik. Kerajaan intrem ini hendaklah
dianggota oleh semua ketua-ketua atau presiden parti yang ada. Jangan
kecualikan mana-mana ketua atau presiden parti termasuk mereka yang
sedang berhadapan dengan perbicaraan. Hal itu jangan dijadikan alasan,
kerana ia bersifat peribadi selagi belum dihukum.
Untuk
dilantik menjadi perdana menteri terserah atas budibicara dan hemat
Yang diPertuan Agong. Serahkan kepadanya atas persetujuan raja-raja
secara mutlak. Cuma Mahiaddin Yassin, Dr Mahathir Mohamad elakkan
daripada dipilih kerana mereka tidak pantas atau relevan lagi untuk
diangkat menjadi perdana menteri meskipun intrem. Ini memandangkan
mereka terikat dalam kategori masalah ketiga tadi; hilang kepercayaan dan penghormatan rakyat.
Apabila
Yang di-Pertuan Agong telah memilih mana-mana individu dari mana-mana
parti semua pihak hendaklah akur dan menerimanya tanpa dolak dalih.
Adapun tugas dan tanggungjawab perdana menteri intrem ini
bertanggungjawab langsung kepada Raja-Raja Melayu yang memiliki kerajaan
interim itu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.