https://critoxium.com/shop/

Terkini

Yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan

 


Saya mengalu-alukan perlantikan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri. 
 
Walaubagaimanapun saya berasa kecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya Mei 2018 tidak memperolehi mandat itu semula. 
 
Mungkin rakyat melihat proses Pilihanraya itu telah menjadi sia sia. Oleh itu proses ‘Parliamentary Democracy’ di Malaysia perlu diperteguhkan semula. Beri keyakinan kepada rakyat agar ‘Peristiwa Sheraton Move 2020’ tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Kalau ianya berulang, bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihanraya yang akan datang. 
 
Untuk memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan. Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan.
 
Mohamad Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.