https://critoxium.com/shop/

Terkini

P Pinang mulai benar solat fardhu dan Jumaat ikut ruang

 


Pulau Pinang mulai membuat pindaan sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 berkuatkuasa 18 September semalam dengan membenarkan solat fardhu dan solat Jumaat bagi masjid negeri, daerah, kariah serta surau dan surau Jumaat mengikut ruang masjid dan surau masing-masing dengan SOP jelas.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, selain dari itu ruang musafir atau ruang khas perlu disediakan bagi musafir dan pekerja e-hailing.

“Majlis rasmi, akad nikah, jamuan makan dan mesyuarat fizikal adalah tidak dibenarkan. Manakala urusan solat jenazah pula dibenarkan untuk 30 orang dan bagi urusan pengebumian jumlah yang dibenarkan adalah seramai 30 orang dan ziarah kubur juga dibenarkan.

“Di samping itu, khatib jemputan bagi khutbah jumaat adalah tidak dibenarkan dan hanya teks yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sahaja yang dibenarkan.

“Bagi majlis ilmu pula, semua kuliah majlis ilmu hanyalah secara atas talian. Bacaan surah Yaasin dan tahlil secara fizikal pada malam Jumaat adalah dibenarkan serta laungan azan pula sudah boleh kembali kepada lafaz asal azan,” ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Tegasnya lagi, SOP yang dinyatakan adalah tertakluk kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang telah divaksin berusia antara 15 hingga 70 tahun.

Selain itu kata beliau, mereka yang baru mendapat 1 dos vaksin masih dibenarkan solat di masjid atau surau sepertimana SOP yang terdahulu dan kemudahan tersebut tertakluk hanya kepada anak kariah yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Sementara itu tambahnya, pihak masjid dan surau perlu membentuk satu jawatankuasa pemantau untuk menastikan SOP yang dikeluarkan dipatuhi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.