https://critoxium.com/shop/

Terkini

Anwar tak setuju gaji RM14,000, elaun lumayan; semua diderma ke orang miskin

 


PETALING JAYA: Beberapa kemudahan lumayan termasuk gaji bulanan mencecah RM14,000 yang ditawarkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kepada Ketua Pembangkang akan disalurkan ke satu tabung untuk rakyat miskin, kata Anwar Ibrahim.

Anwar dalam kenyataan berkata beliau berterima kasih atas kesediaan Perdana Menteri mengiktiraf fungsi Ketua Pembangkang dan kemudahan yang diberikan, namun tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang ditawarkan, iaitu:

  1. RM 14,907.20 sebulan untuk gaji bulanan
  2. RM 12,320.00 sebulan untuk elaun keraian
  3. RM 1,500.00 sebulan untuk bayaran khas
  4. RM 4,000.00 sebulan untuk elaun rumah
  5. RM 833.00 sebulan untuk elaun selenggara rumah
  6. RM 6,000.00 untuk elaun pakaian panas (sekali dalam 3 tahun)
  7. RM 1500.00 untuk elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam 3 tahun)
  8. RM 1500.00 untuk elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam 3 tahun)
  9. Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi

“Saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin,” katanya.

Malah, Anwar menambah terdapat beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat beliau terima “sama sekali”.

“Saya juga telah tegaskan pada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan.”

Sementara itu, Anwar mengulangi pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang tidak bermaksud pembangkang akan mendukung dasar kerajaan tanpa soal.

Anwar berkata beliau akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala, dan berikrar aspek semak imbang “akan terus diperhebat”.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.