Adat pertandingan ada menang kalah, kata PAS
MELAKA TENGAH: Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS Khairuddin Aman Razali menyifatkan kegagalan Perikatan Nasional (PN) terutama partinya pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka hari ini sebagai adat dalam pertandingan.
Beliau berkata, ada kala akan menang atau kalah tetapi turut memberi jaminan apa pun yang terjadi di Melaka kali ini tidak akan menjejaskan pentadbiran di peringkat pusat.
“Insya-Allah kerajaan di peringkat pusat akan kekal,” katanya selepas meninggalkan pusat gerakan PN di Hotel Hatten sebentar tadi.
Keputusan PRN yang diumumkan malam ini menyaksikan PAS yang bertanding lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tewas kesemuanya.
PAS yang menggunakan lambang PN bertanding di Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Klebang, Bukit Katil, Duyong, Serkam dan Merlimau.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.