PRN Melaka: ‘Heavyweight’ PN, PH tewas mengejut
MELAKA TENGAH: Beberapa calon ‘heavyweight’ yang diharapkan oleh Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan tewas mengejut pada pilihan raya negeri malam ini.
Menurut keputusan tidak rasmi dan maklumat daripada bilik gerakan BN, gabungan itu mencapai majoriti dua pertiga dengan memenangi kira-kira 19 kerusi setakat ini.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sebelum ini menyasarkan 18 kerusi untuk BN.
Keputusan malam ini membolehkan BN menubuhkan sebuah kerajaan negeri stabil di bawah pimpinan Sulaiman Md Ali yang sebelum ini diangkat calon KM tunggal daripada BN.
Keputusan tidak rasmi setakat ini turut memberi petanda BN berada di landasan kukuh ke arah pilihan raya umum ke 15, manakala PN, khususnya Bersatu dan PAS terpaksa mengkaji semula kedudukan mereka.
Antara ‘tokoh’ PN yang tewas adalah Mohd Rafiq Naizamohideen, iaitu pengerusi PN Melaka.
Beliau kalah kepada calon BN di Teluk Mas. Turut kecewa ialah calon KM daripada PN, Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.Mas Ermieyati tewas kepada pengerusi BN Melaka Abd Rauf Yusoh di Tanjung Bidara.
BN juga membuat kejutan di Gadek, apabila menawan kerusi itu daripada DAP.
BN juga menawan semula Machap Jaya yang sebelum ini disandang oleh PKR.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.