https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri menyindir Lim Kit Siang berhubung hantaran terbaharu pemimpin veteran DAP itu yang dikatakan kembali ‘obses’ terhadap dirinya.

Dalam hantaran berkenaan, Lim dalam hantarannya memuat naik status membabitkan ‘kesan buruk pilihan raya negeri (PRN) Melaka adalah Najib mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke-10, sambil turut memasukkan pautan ke blog peribadinya.

Najib kemudian mengulas hantaran itu dengan menyindir Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang sering menyebut namanya berulang kali.

“Tiap-tiap hari Najib, Najib, Najib. Sehari kamu tak sebut nama saya, kamu tak berselera makan?

“Atau uncle (pakcik), kamu mahu dating (jumpa) saya ke?” katanya.

Dua hari sebelum PRN Melaka, Najib berkata, beliau dijadikan sasaran propaganda seteru Barisan Nasional (BN), walaupun beliau tidak bertanding sebagai calon.

Pada 2019, Najib turut mempersoalkan sikap obses Lim terhadap dirinya selepas sering mengeluarkan kenyataan membidasnya walaupun ketika itu Ahli Parlimen Pekan itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu, Najib memberi reaksi terhadap dakwaan Lim yang mengatakan bekas Presiden Umno itu sedang mengukir jalan kembali menjadi Perdana Menteri susulan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Beberapa hari lalu, Najib berkata, beliau mendapati obsesi Lim terhadapnya menakutkan, kerana nama beliau disebut sebanyak 11,000 kali dalam blog peribadi Lim.

Lim, bagaimanapun, menolak dakwaan Najib itu, dan mengatakan Najib tidak boleh “disalahkan lagi”.

Katanya, beliau tidak akan berminat bercakap berkenaan Najib sekulumit pun sekiranya Najib tidak menjadi satu-satunya rakyat Malaysia “yang melakukan kerosakan terbesar kepada Malaysia termasuk generasi kini dan masa depan dengan legasi kleptokrasinya”.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.