https://critoxium.com/shop/

Terkini

Nak Tutup Kedai Judi Ni Dari Zaman Azizan Razak Lagi..


Cerita nak tutup kedai arak..Tutup tempat Judi..Tutup Karaoke dan Kelab malam ni kita dengar dah berpuluh tahun..Sejak zaman PR dulu..Zaman Ustaz Azizan Razak jadi MB tahun 2008.. Dan si Sanusi menjadi org kanan Azizan razak masa tu..
 
Sampai habis penggal 2013, Sampai Meninggal Ustaz Azizan Razak..Kelab malam, Kedai judi mcm tu jugak.. Masa tu UMNO PRU 13 dok mainkan isu kelab malam..Karaoke masih beroperasi..mcm tu jugak Kedai Judi..Ustaz Azizan sendiri mengakui sukar untuk tutup..
 
Percaya lah.. Korang tunggu jer Sampai PRU 15..Kedai Judi tetap kat situ.. Mcm cerita kononnya kedai Serbaneka diharamkan Jual arak..Last last kata depa itu hanya panduan..Bir tetap dijual..pasai Bir tu bukan arak kata depa.. Tak percaya pi tengok kedai Speedmart kat Kedah..
 
Bab lesen judi ni urusan Perlesenan dia bawah Kementerian Kewangan..Bukan Negeri..PBT Negeri hanya ada kuasa atas premis..
 
tapi mcm tu lah kerja UMNO dan PAS dok mainkan sentimen Agama dan kaum.. Kononnya depa juara Islam.. Sebelum perintah semua benda depa nak haramkan.. yg betui nya nak sedapkan hati pentaksub depa jer..
 
Tapi DAP ni depa punya bingai.. Bodoh dalam Politik..Tak faham seni Politik Ashabiyah Melayu.. Depa bukan nak haramkan pun.. Nak alih isu arak Timah ngan 22 cabutan Judi jer.. sedangkan Port Langkawi tu lah ,Hotel, Kelab malam..hatta Arak tu sendiri bebas cukai.. 
 
Terengganu sampai hari ni tak mampu haramkan arak kat Hotel pun..Siap Tauke Judi , Berjaya Group dapat Pulau dan tanah lagi kat Terengganu tu..tak payah sembang lah bab Kedah ni...Tiap kali kat Terengganu tu bersepah botol arak tepi pantai..
 
Ni DAP..Belum apa apa dah sambut umpan depa.. Tengok MCA..senyap jer buat kerja.. sedar sedar depa umum dulu sebelum Kabinet yang nama Timah dikekalkan..Jadi khadam dia kena lah alih isu lain..
 
Nak percaya PAS nak tutup kedai Judi mcm kita percaya dia boleh belat Sungai dari mengalir ke Penang...
🙂
Ipohmali

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.