https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo, kata penganalisis


PETALING JAYA: Penganalisis berkata ia adalah demi kepentingan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor tanpa bekerjasama dengan parti di luar gabungan itu.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata ketidaktentuan dari segi peluang parti lain dalam PRN itu menjadikannya bukanlah satu idea yang buruk untuk BN menyerahkan kerusi yang boleh ditandingi mereka sendiri.

“Walaupun mereka menang, ia tidak pasti sama ada mereka akan kekal menyokong BN,” katanya kepada FMT.

“PAS misalnya, akan kekal dengan Bersatu. Ini menyebabkan Umno rugi dan akan melemahkan dominasinya dalam BN.”

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) Johor dilaporkan bercadang bertanding secara solo tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada PRN akan datang.

Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad, berkata namun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Awang Azman berkata BN yakin akan menjadi kuasa dominan di Johor kerana ia adalah kerajaan sedia ada yang mempunyai reputasi kestabilan.

“Malah, pembangkang dilihat kurang padu, sama seperti di Sarawak dan Melaka. Ini memberi kelebihan kepada BN di Johor.”

James Chin dari Universiti Tasmania berkata kemungkinan besar BN akan bertanding secara solo pada PRN itu.

“Terdapat sekumpulan besar pihak dalam Umno yang menentang PAS sekeras-kerasnya,” katanya. “Jadi, walaupun PAS bersikap baik dengan Umno, saya ragu-ragu bahawa Umno akan setuju untuk bekerjasama dengannya.

Tambahnya, tiada pakatan lain yang boleh dipertimbangkan oleh BN untuk melawan Perikatan Nasional (PN).

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.