https://critoxium.com/shop/

Terkini

Guna Akta Pengambilan Tanah seolah-olah rampas tanah penduduk Kg Sungai Baru


Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil tanah penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu kerana ia seolah-olah merampas tanah penduduk tanpa kerelaan mereka.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang memperjuangkan agar tanah Kampung Bharu dimajukan, Khalid Abdul Samad kesal dengan tindakan kerajaan menggunakan akta itu untuk mengambil tanah penduduk Sungai Baru.

Khalid dalam sidang media mengenai pengambilan tanah Kampung Sungai Baru yang dibuat melalui Akta Pengambilan Tanah.

Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata demikian dalam satu sidang media khas bersama penduduk Kampung Sungai Baru pagi ini.

Khalid dalam sidang media itu mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menjadikan agenda membela penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur sebagai tanggungjawab pribadi beliau bukan diserahkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan yang ada sahaja.

Beliau juga meminta agar warta pengambilan tanah yang dikenakan kepada penduduk di situ ditarik balik dan rundingan dibuat semula dengan penduduk.

“Pemaju perlu melibatkan penduduk dalam rundingan terutamanya pampasan yang bakal di terima penduduk. Pelan pembangunan kawasan tersebut seharusnya dikongsi agar satu perundingan yang adil dan pembelaaan hak penduduk di kawasan tersebut terjamin,” kata Khalid.

Khalid berjanji akan terus membela penduduk Kampung Sungai Baru.

Bagi beliau, apa sahaja penyelesaian yang ditawarkan kepada penduduk ianya harus meningkatkan “standard of living” penduduk bukannya sebaliknya.

Sidang media itu diadakan bagi membantah tindakan kerajaan menggunakan Akta Pengambil Tanah untuk merampas tanah yang dimiliki oleh penduduk kampung yang terletak di sebelah Kampung Bharu dan bertentangan dengan KLCC itu.

Mereka mendesak kerajaan menarik semula warta pengambilan tanah Kampung vSungai Baru itu.

Antara penduduk Kampung Sungai Baru yang turut bersama dalam sidang media bersama Khalid Samad.

“Jangan tindas pemilik tanah Sg Baru guna Akta Pengambilan Tanah,” antara banner yang diangkat di sidang media itu.

Ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid berusaha untuk berunding dengan penduduk di situ dan juga Kampung Bharu agar mereka menjual tanah kepada kerajaan untuk dibangunkan.

Salah seorang pemilik tanah Kampung Sungai Baru membantah pengambilan tanah mereka.

Harga yang ditawarkan adalah RM1,000 sekaki persegi, iaitu RM850 dalam bentuk tunai dan RM150 dalam bentuk saham dalam syarikat tujuan khas yang akan membangunkan tanah mereka.

Walaupun harga terbaik yang ditawarkan, pihak pembangkang ketika itu termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memperlekehkan usaha Khalid itu sehinggalah BN menjadi kerajaan semula dan menyerlahkan belang mereka yang sebenar.

Antara penduduk dan pemilik tanah di Kampung Sungai Baru yang kesal dengan tindakan kerajaan dan pemaju yang mengambil tanah mereka secara paksa melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.

Baru-baru ini kerajaan telah mengeluarkan notis menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk menghalau penduduk di situ dengan pampasan yang ditetapkan oleh kerajaan dan pemaju tanpa kerelaan pemilik tanah di situ.

Pengambilan itu membabitkan 72 rumah flat, 37 rumah teres dan satu lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ia diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) pada 21 Jun lalu, maklum Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPPTG) dalam kenyataannya.

“Bayaran pampasan rumah flat mula dibayar secara berperingkat pada Februari 2022.

“Pampasan dibayar dalam lingkungan RM198,000 hingga RM350,000 mengikut prinsip Jadual Pertama, APT 1960.“Mana-mana pemilik rumah yang tidak berpuas hati dengan award Pentadbir Tanah bolehlah mengemukakan bantahan melalui Borang N APT 1960 dalam tempoh 42 hari dari tarikh award,” katanya hari ini

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.