https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sudah sampai masanya kerajaan Kelantan ditukar


 Oleh

Setiap kali raya, tiga perkara inilah yang menjadi topik perbincangan utama—air, sampah dan jalan.

Teruk sangatkah tiga masalah di atas? Jawapannya amat teruk. Huraiannya panjang, tetapi biarlah saya noktahkan setakat itu dahulu.

Mengapa tidak boleh selesai sedangkan Pas sudah menjadi sebahagian dari kerajaan pusat? Dua faktornya. Pertama, kepimpinan kerajaan negeri lemah dan tidak ada idea.

Kedua, pemimpin kerajaan tidak ada keazaman politik untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Mereka hanya suka berceramah, berpolitik dan ada ketikanya membodohkan rakyat dengan projek mempolitikkan Islamnya, bukan mengIslamkan politik.

Tiga masalah sahajakah di Kelantan ini? Bukan, banyak lagi. Paling besar ialah pembalakan, pengurusan hutan, penyalahgunaan kuasa, dan kelemahan governans.

Umno, Ku Li, AMANAH, Save Kelantan, dan PKR telah banyak bersyarah tentang hal ini. Tetapi masih ramai rakyat Kelantan yang setia pada kerajaan Pas.

Tiga sebab. Pertama, tertarik dengan retorik agama Pas. Kedua, pemimpin Pas kawasan pandai menjaga penyokongnya. Ketiga, pasukan pembangkang tidak bersatu.

Selepas 32 tahun memerintah Kelantan, sampai masanya kerajaan Pas ditukar. Harap Umno dan parti pembangkang lainnya boleh bersatu untuk menjayakan misi ini.Sudah sampai masanya rakyat Kelantan mendapat kerajaan yang lebih baik

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.