Perodua Alza terima lebih 30,000 tempahan
KUALA LUMPUR- Perodua telah menerima lebih 30,000 tempahan bagi model Alza sejak ia dibuka pada 23 Jun lalu.Menurut Presiden Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, jumlah tempahan itu adalah yang tertinggi dalam sejarah jenama itu.
Katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, antara faktor model itu mendapat permintaan tinggi adalah disebabkan tarikan keseluruhan nilai pakej yang ditawarkan.
“Hampir 4,000 pelanggan yang membuat tempahan merupakan pemilik Perodua Alza generasi terdahulu.
“Bermula hari ini, pelanggan yang sudah menempah akan menerima Perodua Alza mereka dari 195 cawangan kami di seluruh negara,” katanya.
Perodua Alza dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.