Tuntutan SUltan Sulu - Yang tersirat
1. Ramai yang minta saya kupas isu Waris Sultan Sulu menyita aset Petronas di Azerbaijan. Selalunya kes2 perundangan ini, saya ambil masa nak kupas. Sebab banyak layer perlu diteliti. Banyak fakta dan dokumen perlu diperhalusi.
2. Namun sebelum saya nak bagi inputs penuh, ada banyak persoalan tersirat yang Najib kena jawab. Bukan apa, sebab datangnya dari Najib saya sedikit skeptical. Dia mengaku di mahkamah yang dia kena scam sampai negara rugi berbilion. Kalau kita dok percaya lagi cerita mangsa scam ni berulang2, takut kita pun di-scam sama. Nauzubillah...
Ok, kita mula.
3. Najib katakan dia hentikan bayaran RM5300 setahun kepada waris Sultan Sulu kerana mereka menyerang Lahad Datu. Untuk rekod, bayaran ni telah dibuat sejak tahun 1879 sehingga tahun 2013.
Selama 134 tahun waris Sultan Sulu menerima “sewa tahunan” daripada British North Borneo Company, seterusnya oleh British dan selepas itu oleh Kerajaan Malaysia (1963).
Ini soalan2 yang kita perlu tanya kepada Najib:
(i) Kenapa agaknya walaupun sejak tahun 1963 waris Sultan Sulu terima bayaran tahunan daripada Malaysia, pada tahun 2013 mereka memberontak dan merusuh di Lahad Datu?
Adakah ada apa2 tuntutan yang dibuat? Naikkan bayaran ka, atau ada yang janji untuk bagi tanah ka? Kena ingat ya tuan puan, ini bukan cerita terrorist. Ni cerita orang yang buat Perjanjian dengan kita. Lepas tu tetiba dia amuk. Takkan la. Apa cerita disebaliknya?
Kena ingat juga, Kerajaan Najib juga merupakan pengantara dan pendamai antara Kerajaan Filipina dan kumpulan separatis Moro, MNLF. Yang ada waris Sultan Sulu di dalamnya. Apa sebenarnya berlaku di sana? Kenapa tak boleh kawtim dengan mereka? Adakah Kerajaan Najib gagal mengawal mereka sehingga mereka merusuh ke dalam negara?
Perlu juga kita tahu ya, Malaysia lah yang memberikan senjata dan training kepada group MNLF ni sejak sekian lama. Boleh dengar temuramah Nur Misuari dengan Al-Jazeera di sini. Najib disebut banyak kali di dalamnya.
Makanya, apa logiknya, kita bantu mereka, kita jadi pendamai, tetiba mereka menyerang kita? Apa sebenarnya yang tak diberitahu pada rakyat?
(ii) Keputusan Najib dibuat untuk hentikan bayaran tahunan kerana rusuhan itu. Namun 2 soalan yang berkaitan ialah:
A. Adakah dibolehkan dalam Perjanjian pemberhentian bayaran tersebut kerana rusuhan Lahad Datu?
- Peruntukan mana yang membolehkan sedemikian? Ada analyst kata Najib hanya guna “gentleman agreement masa zaman Tunku”. Yang kata boleh dapat bayaran selagi tak merusuh. Namun kalau takde perjanjian bertulis dan saksi berkaitan, mana mungkin Mahkamah terima?
- Kena ingat ya, masa zaman British, ada waris Sultan Sulu yang menyerang pengkalan British, tapi British masih lagi teruskan bayaran mengikut perjanjian.
- Kenapa Najib suka suki taknak bayar. Kalau ya pun nak hukum perusuh, bawa mereka ke muka pengadilan. Bukannya melanggar terma perjanjian.
B. Bolehkah kita kenal pasti yang merusuh itu merupakan pihak-pihak yang sama yang terikat dalam Perjanjian?
- Ada kenyataan waris Sultan Sulu yang menerima bayaran bahawa yang merusuh itu bukan waris Sultan yang sebenar. Mereka bertindak atas kemahuan sendiri, bukan mewakili pihak yang menerima bayaran daripada Malaysia.
- Ada juga artikel yang mengatakan pihak yang merusuh tu menyerang kerana diketepikan haknya untuk berunding dengan Malaysia dan Filipina.
- Makanya, kalau dibawa ke Mahkamah, adakah pentadbiran Najib ada bukti nyata yang merusuh itu memang orang2nya yang kita bayar? Sampai kita perlu hentikan bayaran serta merta?
(iii) Selepas ketegaq taknak bayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu pada tahun 2013, apa sebenarnya tindakan yang Najib buat ke atas Perjanjian itu.
Dia hantar surat ka, dia batalkan Perjanjian ka, dia bawa mereka ke Mahkamah ka? Tiada butirannya.
Tetiba waris Sultan Sulu tak puas hati dan saman kita di Tribunal Antarabangsa. Itupun Kerajaan Najib bolayan hingga mereka menuntut sampai RM65billion pula. Ini termasuk untung minyak Sabah.
Hanya kerana RM5300 setahun, kita terdedah kepada tuntutan RM65b. Tak ke bahana? Takkan la takde cara lain untuk hukum perusuh di Lahad datu, tanpa bawa implikasi kepada negara?
Najib Razak tidak boleh hanya selektif dalam memberitahu fakta mengenai kes ini. Perkara yang betul2 patut diperhalusi, betulkah tindakan menghentikan bayaran tahunan itu? Apa justifikasi undang2 mengenainya?
Banyak yang tersirat yang belum keluar. Beliau sebagai Panglima Bugis, gagah perkasa, kena keluarkan semuanya. Jawab soalan di atas dulu. Baru kita boleh tahu.
Pasal Tommy Thomas pun satu hal juga, saya akan kupas dalam posting seterusnya. Sebab pakcik ni pun bukannya selalu buat tindakan tepat untuk negara. Ada juga yang tak kena.
Kes ni makin pelik sebenarnya. Yang dirampas oleh waris Sultan Sulu pula aset Petronas yang sudah dijual ke Rusia. Dah seperti rampasan itu wayang dan tak berjaya pula.
Macam banyak hidden hands dan game di situ yang kita tak tahu. Lebih afdal kita tunggu juga jawapan Jabatan Peguam Negara.
Satu benda kita kena tahu, politik ni serupa perang. Perang mendapatkan endorsement/ pengesahan majoriti kita. Makanya seperti perang2 lain, akan banyak propaganda dan taktik yang mereka taknak kita lihat dan sedar.
Saya selalu cakap sebagai pengundi kita ni bukan macam penyokong bola. Kita nak side kita menang saja. Sepatutnya, pengundi harus bertindak sebagai Referee. Sebelum nak beri kemenangan, tengokkan dulu game mereka ni. Apa taktik yang keluar, bila pula nak kena bagi kad merah?
Ni baru level satu pihak buat strike, side satu lagi tak start defend lagi. Entah gol entah tidak.
So just chill and relax and enjoy the game… When the time comes we assign the winner, ya.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.