https://critoxium.com/shop/

Terkini

Apple naikkan harga produk

 


TOKYO: Apple Inc akan menaikkan harga produknya bagi melindungi margin keuntungan berikutan kejatuhan kebanyakan mata wang utama berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Serentak itu, para pelanggan Apple yang menggunakan euro termasuk di Sweden, Jepun, Korea Selatan, Chile, Mesir, Malaysia, Pakistan dan Vietnam akan menyaksikan kenaikan harga bagi produk Apple bermula 5 Oktober ini, jelas syarikat itu dalam satu makluman kepada pengeluar, lapor Bloomberg.

“Kenaikan di Vietnam turut melibatkan kutipan cukai yang dilaksanakan oleh kerajaan tempatan,” jelasnya tanpa memberi penjelasan lanjut punca kenaikan di negara lain.

Penganalisis berpendapat, kenaikan mungkin berpunca daripada pengukuhan dolar berbanding mata wang lain.

Di Jepun, produk Apple dijangka naik kira-kira 30 peratus, kenaikan yang dianggap signifikan susulan kejatuhan nilai yen pada tahun ini.

Pada awal musim panas lalu, Apple telah menaikkan harga produknya merangkumi Mac, iPhone dan iPad dalam usaha mengurangkan margin keuntungan berikutan penyusutan dalam tukaran mata wang.

Selain yen, euro turut mengalami nasib sama yang kini diniagakan pada paras terendah berbanding dolar.

“Ini bukan kali pertama Apple menyusun semula harga produk di App Store, namun kenaikan kali ini agak membebankan,” kata seorang penganalisis di Serkan Toto Kantan Games.

“Pelarasan harga sudah tidak dapat dielakkan dan akan dirasai oleh pembangun aplikasi dan permainan di pasaran yang terjejas. Orang ramai mungkin lebih teragak-agak untuk membuat pembelian dalam talian sekarang berbanding sebelum ini, dan pemaju mungkin terpaksa menjadi lebih kreatif dari segi penetapan harga pada masa hadapan,” katanya. – AGENSI

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.