Kisah Pas dan kafir…
Pas kononnya tidak pernah mengkafirkan orang. Bila-bila masa pun Pas nafikan dia mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan dia walaupun orang lain kemukakan pelbagai bukti, tetap dinafikan.
Hari ini sekali lagi aku Zulhazmi Bin Shariff dikafirkan oleh orang Pas hanya kerana aku ahli DAP.\
Hari ini aku berjumpa dengan wakil dari Persatuan Penduduk yang sedang menghadapi tindakan Mahkamah dari sebuah institusi pengajian tinggi milik MCA iaitu UTAR atau dulu dikenali TAR College.
Pihak UTAR diwakili TAR Education Fund (TAREF) yang didaftar sebagai pemilik tanah yang diduduki oleh penduduk. TAREF memfailkan tindakan undang-undang untuk mendapat milikan tanah yang diduduki oleh penduduk.
Penduduk kampung ini ramai dan mempunyai fahaman politik yang berbeza. Ada ahli Umno, ada ahli PAS, ada ahli Amanah dan ada ahli KeADILan. Aku tak pasti ada atau tidak ahli DAP tapi rasanya tidak ada.
Apabila penduduk mendapat surat pengosongan tanah, aku dipanggil memberikan serba sedikit taklimat berkaitan undang-undang tanah. 100% taklimat aku hanya tentang kedudukan undang-undang berkaitan pendudukan di atas tanah milik orang.
Apabila TAREF failkan tindakan undang-undang, jarum-jarum politik dicucuk dan dimainkan.
Persatuan Penduduk yang mewakili sebahagian penduduk membuat keputusan melantik aku dan firma aku sebagai peguam. Sebahagian yang lain mengikut Umno melantik peguam yang lain.
Apa kaitannya Pas dengan kafir?
Dalam mengajak penduduk memilih peguam untuk diwakili, ada antara ahli PAS di kampung tersebut menggunakan sentimen atau latar belakang politik aku.
Ada yang berkata kepada penduduk lebih kurang begini :
“kita orang melayu Islam, lebih afdhal kita lantik peguam yang dipilih oleh Umno. Walau pun Umno jahat tapi tetap melayu Islam. Kurang mudarat. Zulhazmi tu ahli DAP, kafir! Takkan kita nak ikut orang kafir?”
Sehingga begitu propaganda mereka. Bila ada orang kampung tanya takkan Zulhazmi kafir? Dia pun melayu Islam macam kita walau pun dia DAP. Dijawab dengan lidah yang fasih oleh orang PAS, kafir itu ialah orang yang ingkar, yang tidak mengikut Islam sebenar.
Nahhhh…
Bagi aku, ini adalah berkaitan hak penduduk di atas tanah. Bukan hal politik parti. Sudah aku sebut dalam taklimat, nak pilih peguam mana pun terpulang kepada hak masing-masing. Tapi itulah PAS.
Sanggup kafirkan orang semata-mata mahu mendapat sokongan.
Sial tiada yang sial melainkan sial Pas ini.
Yang seronoknya ada kawan-kawan lain yang tak setuju dengan PAS pun termakan dan terikut dakyah Pas. Kita tak boleh nampak dekat dengan DAP takut nanti kita dituduh kafir, dituduh tidak Islam, dituduh tidak melayu, dituduh “barua” DAP.
Kesian.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.