Berikan satu undi berharga anda kepada Zulhazmi Shariff.
SDR ZULHAZMI SHARIFF YANG SAYA KENAL
Zulhazmi Shariff adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Kedah, seorang peguam dan bekas AJK Pemuda PAS Malaysia suatu ketika dahulu. Apabila berlaku krisis kepimpinan sekitar tahun 2014 berkaitan isu Presiden PAS ingin membawa PAS bersekongkol dengan UMNO bermula sejak 2008 selepas wafatnya Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat maka ramai AJK PAS Pusat ketika itu tidak setuju hingga menyebabkan tertubuhnya Parti AMANAH Negara (Panjang kisahnya jika hendak dinukilkan di sini)
Diketika yang sama Sdr Zulhazmi membawa haluan sendiri dengan menyertai DAP dan sebelumnya merujuk kepada saya bagi mendapatkan pandangan. Saya merestuinya, walaupun ketika itu kami sedang sibuk menggerakkan NGO Harapan Baru dan ada sebahagian lagi sahabat menggerakkan PASMA sebelum tertubuhnya Parti AMANAH Negara.
Sebab utama saya merestui beliau menyertai DAP ialah untuk membanyakkan bakat kepimpinan individu muda Melayu/Islam di dalam DAP kerana DAP adalah sebuah parti sah mengikut perlembagaan Malaysia yang menerima keahlian pelbagai kaum, agama serta mementingkan merit. Saya melihat beliau mempunyai kualiti dan keterampilan itu dan seorang cakap atau tulis secara terus terang, orang Kedah kata "Mulut jenih tak dak insuran", "Jenih tibai berdepan". Saya pesan kepada beliau selepas diumum sebagai calon "Mulut dan jari lepas ini kena ada insuran dan kena jumpa minta maoh kepada mereka yang hatinya terguris dan terhiris"
Saya juga pernah berpesan ketika beliaumula masuk DAP agar secepat mungkin untuk menduduki tampuk pimpinan DAP kerana di dalam DAP tiada istilah malu-alah seperti budaya kita di kampung.
Saya merasa sukacita apabila beliau dapat membuktikan hanya dalam tempoh 3 tahun menyertai DAP beliau telah menjadi pemimpin Peringkat Pusat dan Negeri. Syabas !!!
Sekarang beliau sebagai anak Jerai telah dinobatkan sebagai calon Parlimen Jerai mewakili Pakatan Harapan.
Berikan satu undi berharga anda kepada Zulhazmi Shariff.
Aris bin Awang
Bekas Ketua Pemuda dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah
30 Oktober 2022
Tambak Bunga, Alor Setar, Kedah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.