https://critoxium.com/shop/

Terkini

Penyatuan ummah hanya agenda palsu PAS


MENJELANG pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa, PAS semakin bergelut untuk memastikan kedudukannya dalam kerajaan tidak terlepas.

Demi kemaruk kuasa dan jawatan, PAS akan sanggup mendekati sesiapa sahaja termasuklah golongan dan pemimpin parti yang sedang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan rasuah.

Tentulah ini bercanggah dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menolak golongan perasuah. Tetapi demi kuasa, PAS tidak peduli semua itu walaupun tindakan ini menjatuhkan maruah sendiri. 

Demi kuasa juga, PAS sanggup mencuci segala kekotoran yang pernah dilempar sendiri oleh PAS sebelum ini terhadap MCA dan Gerakan yang menolak hudud.

Oleh itu, PAS semakin rancak bergendang tentang penyatuan ummah atau Muafakat Nasional yang merupakan agenda yang pernah digunakan untuk bersatu dengan Umno bagi menjatuhkan Pakatan Harapan.

Selepas agenda itu berhasil melalui pengkhianatan Langkah Sheraton, penyatuan ummah sudah tidak kedengaran lagi kerana masing-masing bernafsu dengan pangkat dan jawatan.

Sepanjang PAS berada dalam kerajaan, tiada pencapaian yang membanggakan berjaya diraih untuk meninggikan kedudukan dan martabat orang Melayu dan Islam dalam negara ini.

Malah RUU355 yang pernah dijadikan alat untuk PAS melabelkan pihak lain sebagai musuh Islam juga tidak diperjuangkan. Rata-rata nasib orang Melayu dan Islam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir PAS juga tidak terbela. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Menteri Air dari PAS terhadap masalah bekalan air bersih di Kelantan.

Sebaliknya, lebih banyak kemungkaran dan maksiat yang masih berlaku termasuklah di negeri yang ditadbir oleh PAS. PAS tidak mungkin mampu untuk menjawab dakwaan ini. 

Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden Amanah yang juga ahli Parlimen Pulai.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.