https://critoxium.com/shop/

Terkini

Perdana Menteri lebih selesa guna Toyota Camry

 

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan tempahan kereta jenis Mercedes S600, yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini, sempat dibatalkan.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya sudah membuat semakan terperinci dan mendapati tempahan kereta mewah itu boleh dibatalkan.

Presiden PKR itu lebih selesa dengan hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry bagi semua urusannya.

"Kereta Mercedes tak sampai...saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada.

"Sebenarnya, ia (Mercedes) dipesan oleh Perdana Menteri yang lalu tapi saya semak, tengok boleh tak batal. Sempat batal," katanya kepada pemberita sebelum beliau meninggalkan ibu pejabat PKR, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, yang turut dihadiri pemimpin utama pakatan itu, antaranya Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Semalam, Anwar melalui catatan di media sosialnya, mengakui menolak daripada menggunakan kereta jenis Mercedes S600, yang dibeli dan diperoleh JPM sebelum beliau memasuki pejabat.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.