https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Usul undi percaya tetap dibentangkan 19 Disember ini' - Anwar


PETALING JAYA: Usul undi percaya bagi membuktikan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, akan tetap dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 19 Disember ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan langkah itu penting bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik, selain penafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ya benar Ramkarpal (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) menggunakan isu berdasarkan penafsiran Perlembagaan Persekutuan sebab majoriti jelas

"Tetapi saya juga berbincang tadi, kita punya pandangan bukan sahaja keperluan dalam Perlembagaan tapi saya fikir keabsahan dari segi persepsi politik juga penting.

"Jadi kita akan teruskan dengan undi percaya pada 19 Disember ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini.

Sebelum ini, Ramkarpal Singh dilaporkan berkata, tiada keperluan bagi mengemukakan usul undi percaya terhadap Anwar pada sidang Dewan Rakyat, 19 Disember ini bagi membuktikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.