Akta
Pertubuhan 1966 (Akta 832) merupakan satu akta yang diluluskan oleh
Parlimen dan sekiranya ada pihak yang mahu ia dipinda, perkara itu
seharusnya diserahkan kembali kepada Parlimen, kata Presiden Umno Ahmad
Zahid Hamidi.
“Kalau ada tidak setuju kena tengok balik dalam Akta Pertubuhan 1966.
Itu adalah merupakan satu akta dan ia diluluskan oleh Parlimen. Maka
kita serahkan balik kepada Parlimen kalau mahu akta itu dipinda,”
katanya kepada media di Shah Alam malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas video bekas ahli Parlimen
Rembau Khairy Jamaluddin yang tidak berpuas hati dengan keputusan
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang memberi pengecualian
kepada Umno mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832)
berhubung pemilihan parti itu.
Sementara itu merujuk kepada kerjasama dengan parti lain bagi
menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), timbalan perdana menteri itu
berkata Umno akan mengadakan perbincangan secara dalaman selama tiga
hari, bermula malam ini di setiap negeri yang terlibat.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.