https://critoxium.com/shop/

Terkini

Polis nafi Ayob Khan ada akaun TikTok


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay.

PDRM dalam kenyataan malam ini memaklumkan akaun berkenaan adalah palsu dengan menggunakan nama dan gambar Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan akaun itu dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi yang tepat dan sahih," menurut kenyataan itu.

Akaun tersebut yang mempunyai lebih 70,000 pengikut memuat naik pelbagai gambar dan video berkaitan Ayob Khan yang menyarung pakaian uniform.

-Bernama

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.