https://critoxium.com/shop/

Terkini

Syamsul Yusof bakal lafaz talak pada 18 April ini

 


Kisah pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof akhirnya menemui titik noktah setelah pengarah itu bersetuju melepaskan isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Difahamkan, pengarah sensasi yang berusia 39 tahun itu bakal melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Keputusan itu dicapai dalam prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di mahkamah tersebut, pagi tadi.

“Kedua-dua pihak sudah selesaikan masalah rumah tangga secara aman dan baik. Jadi, minggu depan untuk mengesahkan perjanjian dan lafaz cerai.

“Tarikh baharu ditetapkan pada 18 April ini untuk mencari persepakatan mengenai terma yang sudah dibincangkan.

“Pada tarikh (18 April) akan datang, Syamsul akan lafazkan cerai kerana sudah ada persetujuan,” kata Akberdin.

Menurutnya, kes berkaitan anak-anak akan direkodkan ke Mahkamah Tinggi selepas lafaz cerai kerana mereka berada di bawah bidang kuasa mahkamah itu.

Dalam pada itu, Puteri Sarah meluahkan rasa syukurnya apabila permohonannya dipersetujui Syamsul bersama terma dan syarat yang ditetapkan.

“Semalam kami selesaikan semuanya juga. Alhamdulillah, berkat Ramadan, jadi semuanya dipermudahkan hari ini.

“Kami sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang.” ulas Sarah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.