Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin berkata perkara itu telah
diselesaikan secara harmoni dan kini tiada lagi konflik antara pihak
surau dan badan pengurusan bersama (JMB) kondominium tersebut.
“Malah Timbalan Ketua Menteri I Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga
Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sendiri turun
padang bagi menjernihkan dan menyelesaikan kekeliruan yang timbul
berkait isu terbabit semalam," katanya pada sidang akhbar di Georgetown
hari ini.
Beliau juga menjelaskan isu dibangkitkan menerusi media sosial
seperti TikTok berhubung perkara itu adalah tidak benar dan apa yang
ditularkan itu boleh menimbulkan kegusaran awam serta mencetuskan isu
perkauman.
"Saya sebagai Ketua Polis Pulau Pinang ingin menegaskan kita tidak
akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba
menularkan apa-apa jenis media sosial (TikTok) untuk memprovokasi,
mencetus kemarahan dan menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam
berhubung kes ini," katanya.
Khaw berkata hingga hari ini, pihaknya menerima sebanyak 21 laporan polis daripada pelbagai pihak berhubung kes itu.
Sebelum ini, sebuah video memaparkan sesi dialog antara pihak JMB
Kondominium Tri Pinnacle di Tanjung Tokong dengan penduduk berhubung isu
semasa termasuk mengenai isu laungan azan, tular di media sosial.
Bagaimanapun, JMB Kondominium Tri Pinnacle memohon maaf secara
terbuka kepada penduduk beragama Islam dan umat Islam berhubung isu
terbabit.
Pengerusinya Alex Low dilaporkan berkata pihaknya tidak mempunyai
niat untuk melarang laungan azan di surau berkenaan seperti dakwaan
pihak tertentu di media sosial.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.