Teguh junjung titah Sultan
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri men junjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang melarang peng- gunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam seperti termaktub dalam enakmen.
Pendirian ini selaras keputusan Mah- kamah Persekutuan pada 2014 dan fat- wa yang diwartakan di Selangor pada 18 Februari 2010 berkaitan perkara sama, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan. Tambahnya, Kerajaan Negeri me- negaskan hak dan enakmen sedia ada khususnya Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 akan terus dipertahankan.
“(Pendirian) ini bermaksud perkem- bangan ini tidak akan menjejaskan atau mengancam pendirian Kerajaan Negeri berhubung penggunaan kalimah Al- lah,” katanya pada 17 Mei.
Amirudin turut menegaskan Kera- jaan Negeri melindungi kepercayaan bahawa agama harus dihormati dan tidak menggugat keharmonian yang telah dibina dan menjadi asas kepada Selangor.
Sementara itu, Majlis Agama Islam Se- langor (Mais) menyeru kerajaan perse- kutuan meneruskan rayuan isu penggu- naan kalimah Allah agar keputusan itu menjadi rujukan lebih muktamad.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut bukan Islam seperti termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Pen- gawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.