Konflik Rusia-Ukraine: Serangan NATO ke atas Rusia semakin baik
Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), mengesahkan Ukraine kini semakin berjaya dalam serangan balas ke atas Rusia, untuk kembali menakluk wilayah yang diduduki Kremlin.
Perkara itu dimaklumkan Jens Stoltenberg kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.
Jelas Stoltenberg, blok tentera barat yang menggerakkan aset di Ukraine dilihat mempunyai peluang untuk mengembalikan keadaan seperti sedia kala.
Rakyat Ukraine juga jelasnya optimis mengenai serangan balas tentera NATO dan kini bersedia dengan apa juga serangan balas di bahagian hadapan iaitu di timur dan selatan negara itu.
Katanya, semakin banyak kawasan yang mampu dikuasai, semakin berkesan rundingan keamanan.
Biden turut mengalu-alukan Stoltenberg dan memaklumkan bahawa reaksi NATO terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menjadikan perikatan itu lebih kuat.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.