https://critoxium.com/shop/

Terkini

Wan Saiful sendiri mahu jadi KM Pulau Pinang, kata Teo


 Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan dituduh memendam cita-cita untuk menjadi ketua menteri Pulau Pinang seterusnya.

Ini susulan spekulasi Wan Saiful bahawa DAP bercadang untuk menyerahkan jawatan berkenaan kepada Steven Sim, yang kini adalah timbalan menteri persekutuan.

Dalam satu hantaran di Facebook malam tadi, Ketua Publisiti DAP Teo Nie Ching mencabar Wan Saiful  dengan memintanya menyatakan sama ada dia mahu menjadi ketua menteri dan jika tidak, siapa yang akan dicalonkan oleh Perikatan Nasional.

“Saya diberitahu ramai orang bahawa Wan Saiful sendiri bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Begitu tinggi sekali harapan dan keyakinan beliau itu,” kata Teo, yang seperti Wan Saiful, tidak memberikan sebarang dalil.

Teo juga menggesa Gerakan, sebuah parti komponen Perikatan Nasional, menyatakan jika mereka menyokong "cita-cita" Wan Saiful itu dan adakah Wan Saiful perlu terlebih dahulu menyertai parti Gerakan?

“Adakah Gerakan akan sanggup membenarkan Wan Saiful menyertai Gerakan dan menjadi seorang pemimpin parti?” soalnya.

Semalam, ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mencabar DAP supaya memberi jaminan bahawa ketua menteri Pulau Pinang sekarang, Chow Kon Yeow akan dikekalkan selepas pilihan raya negeri (PRN) sekiranya PH kekal di negeri itu.

Gerakan akan meletakkan 19 calon pada pilihan raya dewan undangan Pulau Pinang akan datang, meningkat daripada 13 semasa pilihan raya 2018.

Ini bermakna Gerakan akan membentuk sebahagian besar daripada 40 calon Perikatan Nasional untuk Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelum ini menolak spekulasi Wan Saiful itu dengan mengingatkannya supaya supaya ‘tidak menjaga tepi kain orang’, tetapi sebaliknya fokus kepada urusan sendiri.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.