https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dulu pertahan Zahid, Khairuddin bidas PAS kini cipta naratif lain

PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin PAS mempersoalkan perubahan sikap parti itu yang mencipta naratif berbeza berhubung kes mahkamah dihadapi Presiden Umno Zahid Hamidi ketika berkawan dahulu dan kini bermusuh.

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ketika Zahid berdepan pendakwaan selepas PRU14, parti itu bersama-sama mempertahankannya atas nama kerjasama pembangkang.

“Apabila sekarang PAS tidak lagi bekerjasama dengan Umno maka tentulah mereka tidak akan mempertahankannya lagi malah turut mencipta dan menyebarkan persepsi mencemar maruah manusia tanpa rasa berdosa dan takut kepada Allah,” katanya di Facebook.

Beliau yang juga setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno turut membidas mengapa prinsip Islam tidak menjadi rujukan PAS untuk berpolitik iaitu seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas Zahid tanpa membebaskan beliau daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Zahid pada peringkat itu.

Ini bermakna, pihak pendakwaan boleh meneruskan kes ini, atau mengemukakan kes terhadap Zahid pada bila-bila masa nanti berdasarkan fakta dan keterangan yang serupa dalam kes itu.

Susulan itu beberapa pemimpin pembangkang termasuk Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid sebagai “hari gelap bagi sistem perundangan negara”.

Katanya, agak pelik keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan sedangkan terdapat “bukti yang kuat”.



Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.