https://critoxium.com/shop/

Terkini

Rancangan Malaysia 5 tahun ‘lapuk’, perlu pendekatan baharu


PETALING JAYA: Pelan lima tahun ekonomi dilaksa sejak 1960an menunjukkan hasil memberangsangkan kepada Malaysia dengan membawa kemakmuran dan pembangunan terutama pada awal dekad ketika negara mula tumbuh.

Kini, mendekati enam dekad dan masuk kali ke-12 – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) – ada ahli ekonomi berpandangan model rancangan ekonomi berpusat dan asasnya seperti terkandung dalam rancangan itu tidak lagi relevan pada abad ke-21.

Mereka berkata, tiba masa berganjak daripada ekonomi pembangunan “lapuk” era 1960an dan 1970an.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito, mencadangkan pemikiran semula peranan rancangan berbilang tahun ekonomi Malaysia yang disifatkan terlalu banyak “pengaruh Soviet”. Carmelo Ferlito.

“Rancangan berbilang tahun adalah legasi pembabitan mendalam kerajaan dalam mencorak pertumbuhan ekonomi, tetapi ia tidak mampan. Ia mewujudkan gangguan, jadi kita perlu membangun rancangan dengan ‘tidak merancangnya’, strategi melepaskan kuasa pasaran dan mengurangkan penglibatan kerajaan.

“Visi strategik baharu perlu berpandukan bagaimana mengurangkan peranan kerajaan dalam ekonomi, dan menyemarakkan semangat keusahawanan swasta,” katanya kepada FMT Business.

RMK12, dibentangkan pertama kali oleh perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob di Parlimen pada 27 Sept 2021.

Kurangkan belanja kerajaan bukan tambah

Mengulas langkah kerajaan meningkatkan siling perbelanjaan kepada RM15 bilion, menjadikan peruntukan keseluruhan kepada RM415 bilion, Ferlito berkata: “Saya tidak fikir kita memerlukan lebih banyak wang untuk merangsang ekonomi walaupun semangat Ekonomi Madani menjadikan ekonomi berdaya saing.

“Untuk lebih berdaya saing, ia memerlukan kurangnya belanja kerajaan jadi halatuju sepatutnya mengurangkan wang dibelanjakan berbanding menambahnya.

“Ada keperluan membayangkan penarikan secara berkala peranan kerajaan dalam ekonomi kerana pembangunan ekonomi mampan dan baik datang daripada inisiatif swasta, bukannya campur tangan kerajaan.”

Ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal RMK12 di Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, penambahan peruntukan perlu dilakukan bagi mengukuh kualiti perkhidmatan dan subsidi bagi menampung keperluan asas.

Penyertaan masyarakat sivil

Profesor ekonomi Monash University Malaysia, Niaz Asadullah berkata, RMK12 merupakan pendekatan berani namun perlu ada penyertaan pertubuhan masyarakat sivil aktif termasuk akademik, NGO, pemimpin sektor swasta bagi meningkatkan kecekapan penyampaian.

Anwar, yang juga menteri kewangan memaklumkan dalam tempoh dua tahun pertama RMK12, negara merekodkan kadar keluaran dalam negara kasar (KSNK) purata 5.9% antara 2021 dan 2022.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.