https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina


PETALING JAYA: Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, semua kelas kenderaan akan menikmati tol percuma bermula 12.01 tengah malam 8 Feb (Khamis) hingga 11.59 malam 9 Feb ini (Jumaat).

Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

“Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Alexander turut menjelaskan inisiatif itu akan membabitkan implikasi kewangan RM42.99 juta.

Beliau berharap pengguna lebuh raya akan merancang perjalanan sebaiknya susulan pemberian tol percuma itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.