Albert Tei bukan whistleblower.
Albert Tei bukan whistleblower.
Dia lebih mirip “tauke lombong gelap” yang tengah lemas, lalu cuba tarik orang lain sekali.
Orang baru kenal dia bila dia buka mulut.
Tapi rekod dia selama ni?
Media, SPRM & laporan rasmi dah lama cerita.
Taiko syarikat merata-rata
Albert, 37 tahun, Selangor - ada hampir 50 syarikat.
Kalau ada syarikat baru buka, kemungkinan nama dia dah sampai dulu.
Tapi yang pelik - hidup gaya jutawan, empayar bisnes, kereta mewah…
tapi lapor pendapatan RM0.00 kepada LHDN untuk tahun 2024.
Ramai tertanya-tanya - itu magic trick ke?
Laporan turut mendakwa beliau guna rangkaian syarikat untuk layering duit, pinjam silang, pusing internal loan, kaburkan aliran kewangan… semua untuk “licinkan sistem”.
Macam filem gangster korporat.
Rekod lama pun bukan wangi
2017 - dia dituduh dengan 105 pertuduhan bawah Akta Buruh & Majlis Perundingan Gaji Negara.
Seratus lima.
Itu bukan silap teknikal - itu macam “kerap buat sampai biasa”.
Drama lesen mineral Sabah - ini puncaknya
Albert & rangkaian syarikat mohon 25 lesen, melibatkan hampir 1 juta ekar tanah Sabah.
Siapa mohon tanah sebesar negeri Perlis?
Jawapannya - taiko.
Ada dakwaan 13 lesen “kononnya diluluskan”, tapi kemudian agensi negeri batalkan & sahkan tiada lesen sah.
Lebih berat - dokumen LOA yang dikemukakan dikatakan palsu, mesyuarat Lembaga Pengarah yang kononnya luluskan lesen rupanya tak wujud, dan mesyuarat rasmi pada 25 Sept 2024 sebenarnya tolak permohonan.
Itu bukan salah faham - itu dah tahap “buat cerita sendiri”.
Dan bila tersudut - muncul dakwaan rasuah
30 Jun 2025 - Albert didakwa di mahkamah kerana didakwa bagi
RM200,000 &
RM150,000 kepada dua ADUN Sabah untuk bantu luluskan lesen syarikatnya.
Kes bawa bawah Akta SPRM 2009, dan mahkamah benarkan pendakwaan - maknanya ada asas untuk dibicarakan.
Jadi tiba-tiba sekarang dia jadi “hero”?
Bila dah ada siasatan, dakwaan, lesen batal, laporan LHDN, kes mahkamah…
tiba-tiba dia keluar cerita, hentam orang itu ini, termasuk PMX.
Logik rakyat biasa pun tahu -
orang yang terhimpit selalunya cari musuh baru supaya perhatian lari dari kes sendiri.
Dia bukan cari kebenaran - dia cari tali penyelamat.
Cuba bawa naratif kononnya dia mangsa, kononnya dia pejuang rakyat.
Padahal menurut rekod & dakwaan, dialah yang cuba korek kekayaan negeri.
Albert Tei bukan whistleblower.
Dia taiko bisnes yang sedang tersepit, dituduh merasuah, dikaitkan dengan dokumen palsu, siasatan kewangan & lesen mineral dibatalkan…
Lalu kini cuba cipta drama baru - supaya orang lupa kisah lama.
Dan bila nama PMX disebut - barulah media sensasi datang tolong.
HFM | Pengasas QLP
Kuala Lumpur, Malaysia
Sumber Fb Abied Abdullah





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.