https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pas dan AMANAH Dalam Pilihanraya Negeri Sabah


Oleh Mohd Yusri Ibrahim

Ramai kawan2 Semenanjung tanya saya, bolehkah PAS atau AMANAH menang kerusi dalam PRN Sabah kali ini?

Dengan kata lain bolehkah parti dua beradik bercerai arah itu melahirkan anak pertama mereka di DUN Sabah?

Saya pun tidak tahu kenapa soalan itu ditanya kepada saya, mungkin ada nostalgia2 lama yang saya sendiri kurang fahami.

Dia begini.

PAS bertanding banyak kerusi dalam edisi kali ini.

Namun peluang terbaik PAS adalah di kerusi N16 Karambunai.

Kawasan DUN ini terletak di pinggir bandar dengan komposisi bercampur etnik sama ada Melayu, Bugis, Suluk, Bajau, Dusun dan sebagainya.

Antara faktor PAS berpeluang di sini kerana faktor calon mereka iaitu Dr. Aliakbar.

Beliau telah lama berkhidmat di sini, diterima baik dan agak popular dalam komuniti setempat.

Dalam masa sama di situ ada ramai pengundi Navy yang berpotensi memberi undi kepada PN.

Namun cabaran utama beliau adalah calon penyandang daripada BN, Datuk Yakub Khan.

Selain itu calon WARISAN iaitu Ahmad Jais dan calon GRS Datuk Arshad juga kuat.

Dengan kata lain, empat daripada 10 calon yang bertanding di situ mempunyai kekuatan tersendiri, menyajikan pertarungan sengit.

Cabaran lain beliau adalah PAS dan PN itu parti Semenanjung, atau disebut di sini sebagai parti Malaya.

Sentimen penolakan terhadap parti Semenanjung agak kuat juga.

Sebab itu saya melihat kehadiran figura2 besar PAS nasional tidak banyak membantu, bahkan sedikit sebanyak berisiko merugikan.

Apatah lagi jika overtreatment, contohnya ceramah2 yang terlebih semangat oleh tokoh2 Semenanjung.

Namun secara umumnya Dr Aliakbar ada peluang di Karambunai, dalam persaingan sengit tersebut.

Berbeza dengan AMANAH di 64 Sulabayan, mereka menghadapi gelora yang lebih besar.

Itu wilayah taklukan parti WARISAN.

Tidak mudah untuk mencabar Datuk Jaujan di situ.

Namun ini satu latihan yang baik untuk AMANAH, untuk hari2 mendatang dalam landskap politik Sabah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.