https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Sabah Untuk Sabah, Tapi Biar Sabah Bermaruah Dalam Malaysia Yang Adil”


Parti Amanah Negara (Amanah) menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini atas nama Pakatan Harapan bukan untuk menandingi sesiapa, tetapi untuk mengangkat suara politik nilai, politik yang berteraskan kejujuran, keadilan dan Rahmah.

Kami memahami sentimen “Sabah untuk Sabah” yang kuat di hati rakyat negeri ini..

Namun Amanah berpandangan bahawa maruah Sabah tidak akan terpelihara dengan menjarakkan diri daripada Malaysia, tetapi dengan memastikan Malaysia menjadi sebuah persekutuan yang adil kepada Sabah..

Sekarang ni banyak parti kata mereka parti lokal .Warisan, GRS, STAR,UPKO dan lain lain semua membawa semangat “Sabah untuk Sabah”..

Tapi bila sampai ke Kuala Lumpur, semua masuk kabinet Perpaduan Madani!.

Jadi saya tanya bah….

Kalau semua sudah dalam kerajaan Persekutuan,mana lagi Sabah untuk Sabah tu? .

Maknanya, “Sabah untuk Sabah” dah jadi slogan Politik murahan, bukan lagi sebuah perjuangan.Sabah untuk Sabah tapi tidak menyatukan.Parti Lokal Sabah pun berpecah.Jangan biarkan Politik slogan memecahkan ,Tapi biar lah Politik Nilai menyatukan rakyat Sabah..

Amanah datang bukan nak gaduh, bukan nak lawan kawan..

Amanah/PH datang bawa suara kebaikan untuk tambah suara rakyat yang jujur dan berprinsip!..

Biarlah orang kata Amanah Parti kecil, tapi tetap berprinsip!.kecil kecil cili padi tapi pedasnya dari Sulabayan Semporna hingga Putrajaya.Dalam politik hari ni, ramai jual prinsip demi kuasa, Amanah bawa Politik nilai demi rakyat!.

Sabah bukan pinggiran, tetapi tiang seri kepada Malaysia..

Apabila tiang ini kukuh, seluruh negara akan berdiri teguh..

Amanah percaya bahawa kekuatan Sabah terletak pada kepimpinan yang bersih, jujur dan tidak memperalatkan slogan tempatan untuk kepentingan peribadi..

Amanah berpegang bahawa: .

A) Politik sejati bukan tentang “parti lokal” atau “parti nasional”, tetapi tentang nilai dan kejujuran..

😎 Perbezaan dalam pilihan raya tidak harus menjejaskan semangat kerjasama di peringkat persekutuan di bawah Kerajaan Perpaduan Madani..

C) Amanah akan terus memainkan peranan sebagai suara kecil yang tidak boleh dijual beli, demi maruah rakyat Sabah dan masa depan yang lebih bersih..

Amanah menyeru pengundi Sabah, khususnya di DUN Sulabayan, untuk menjadikan pilihan raya ini bukan medan amarah, tetapi medan nilai..

Undilah dengan hati yang bersih..
Undilah dengan Amanah.

Undi Amanah/PH Suara Jujur,
Undi Amanah/PH suara Rahmah,
Suara Amanah/PH Tak boleh Dijual Beli.
Satu Amanah Sejuta Harapan

#SulabayanSinarBaru
#SinarBaru4Sulabayan

MAHFUZ OMAR
Naib Presiden
Parti Amanah Negara
18 Nov 2025
Semporna.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.