https://critoxium.com/shop/

Terkini

Siapa di belakang Zohran Mamdani?


Oleh Fathi Aris Omar

1. Mira Nair (ibu, 68 tahun) seorang pengarah filem yang menang beberapa anugerah, khasnya filem pertama Salaam Bombay (1988).

Menang di Cannes, filem ini dan dua lagi di bawah ini 👇 mendapat pujian pengulas Rotten Tomatoes, semuanya ini dapat markah lebih 90 peratus. 2. Mahmood Mamdani (bapa, 79 tahun) seorang profesor kajian Afrika dan kolonialisme.

Bukunya Citizen and Subject: Contemporary Africa and the Legacy of Late Colonialism (1996) menang anugerah.

Kedua-duanya lulusan Universiti Harvard. Mira pilih biasiswa ke Harvard walau ada tawaran bersama biasiswa ke Cambridge. Mahmood pula buat PhD di Harvard.

Mereka bertemu ketika Mira sedang membuat kajian di Uganda untuk filem Missisippi Masala (1991). Mereka berkahwin pada 1991, tahun Zohran dilahirkan di Kampala.

3. Rama Duwaji (isteri, 28 tahun) seorang juruanimasi dan juruilustrasi yang memainkan peranan penting di balik tabir penampilan si suami dan kempen media sosial calon datuk bandar New York itu.

Membesar di Dallas tetapi mendapat pendidikan di Dubai, wanita muda ini daripada keluarga Islam Syria yang lahir di Texas berpindah ke New York empat tahun lalu. Beliau akan jadi wanita pertama New York yang termuda pada Januari 2026.

Ketiga-tiga ahli keluarga terdekat ini mempunyai keprihatinan sama: suka bela orang miskin dan benci penjajahan termasuk krisis Timur Tengah.

Bukan sahaja pada sikap tetapi pada hasil kerja dan tumpuan kerjaya mereka.

Ibu Zohran misalnya boikot festival filem Haifa pada 2013 walau diundang sebagai tetamu kehormat. Isterinya pula sering angkat tema wanita Timur Tengah dalam kerja seninya.

Saya sertakan tiga filem Mira dan tiga buku Mahmood sahaja (di bawah 👇) walau kedua- duanya menghasilkan lebih banyak karya menarik.

Ibu Zohran terlibat dalam 50 filem, termasuk dokumentari dan yang pendek, sementara bapanya menghasilkan 25 buah buku.

4. Tetapi dalam rangkaian politik seseorang tokoh, tidak mungkin ahli keluarganya sahaja yang bantu. Ramai lagi operator politik bergerak di belakangnya.

Ogos lalu, The New York Times dedahkan 28 penggerak di barisan depan kempen Mamdani yang membolehkannya mewakili parti Demokrat dalam persaingan awal (primary) dengan Andrew Cuomo.

Lihat grafik terakhir, di hujung kumpulan foto dan imej di bawah 👇Kita belum tahu penggerak di belakang tabir yang menyokongnya.

Jika kita semak, mereka ini campuran bakat muda dan pemain utama berpengalaman dalam politik Demokrat, termasuk kumpulan sosialis DSA.

Untuk elak tulisan ini terlalu panjang, saya tidak masukkan butiran siapa 28 penggerak ini.

A. Kenalan terdekat (inner circle)

Elle Bisgaard-Church
Penasihat utama

Morris Katz
Penasihat kanan

B. Kakitangan kempen (campaign staff)

Zara Rahim
Penasihat kanan

Andrew Epstein
Pengarah kreatif (bekas jurucakap)

Julian Gerson
Penulis ucapan (bekas pengarah politik)

Tascha Van Auken
Pengarah lapangan

C. Kumpulan pemikir (brain trust)

Ali Najmi
Peguam

Amanda Septimo
Ahli Dewan Perhimpunan Negeri

Cea Weaver
Pendukung isu perumahan

Faiza Ali
Jagpreet Singh
Penganjur

Murad Awawdeh
Ketua New York Immigration Coalition

D. Kenalan rapat (growing circle)

Patrick Gaspard
Tokoh kanan Parti Demokrat

Maya Handa
Pengurus kempen

Afua Atta-Mensah
Pengarah politik

Jeffrey Lerner
Dean Fuleihan
Bekas timbalan datuk bandar pertama

E. Sekutu utama (key allies)

Alexandria Ocasio-Cortez
Ahli Kongres

Brad Lander
Jurutera kewangan (comptroller) N.Y.C.

Nydia Velázquez
Ahli Kongres

Letitia James
Peguam Negara New York

Jabari Brisport
Senator negeri

Michael Gianaris
Ketua Senat Negeri

Micah Lasher
Ahli Dewan Perhimpunan Negeri

F. Sokongan institusi (institutional support)

Ana María Archila
Pengarah bersama Working Families Party

Gustavo Gordillo
Pengerusi bersama D.S.A.

Grace Mausser
Pengerusi bersama D.S.A.

Henry Garrido
Ketua kesatuan sekerja

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.