https://critoxium.com/shop/

Terkini

Turun Anwar 2.0 tanda PAS giat tanam kebencian


Cadangan PAS untuk menganjurkan demontrasi Turun Anwar 2.0 sekali lagi menunjukkan parti itu memilih untuk memainkan isu politik sempit berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan AS

Tindakan PAS yang mengugut untuk mengadakan demonstrasi sekali lagi itu jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab serta kecenderungan mereka mempolitikkan setiap dasar kerajaan demi politik.

Kerajaan Madani sentiasa menghormati hak mana-mana pihak untuk mengambil tindakan undang-undang, termasuk semakan kehakiman.

Cadangan PAS untuk memfailkan semakan kehakiman boleh membuktikan bahawa kerajaan telah bertindak mengikut undang-undang, berlandaskan prinsip ketelusan dan kepentingan nasional.

Amat tidak wajar bagi PAS untuk menggambarkan seolah-olah ART sebagai berat sebelah atau merugikan negara, sedangkan ia telah dirunding secara teliti oleh pasukan pegawai awam yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman luas dalam hal ehwal perdagangan antarabangsa.

Tindakan PAS juga tidak ubah seperti menafikan kecekapan serta menjejaskan maruah penjawat awam yang telah menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan profesional.

ART dirangka dengan penuh pertimbangan terhadap kepentingan ekonomi negara, kesejahteraan rakyat, dan kedudukan Malaysia di pentas global.

Kejayaan menurunkan tarif timbal balas AS ke atas Malaysia daripada 25 peratus ke 19 peratus merupakan yang terendah.

Tindakan PAS memperlekeh perjanjian tersebut menunjukkan mereka tiada hala tuju ekonomi.

Lebih membimbangkan ialah, langkah PAS itu memberi isyarat salah kepada dunia bahawa Malaysia tidak tekal dalam dasar dan komitmen antarabangsa.

Jika PAS memerintah, adakah PAS akan menghentikan hubungan dagang dengan AS? Adakah PAS mempunyai pelan ekonomi lain apabila pekerjaan dan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana yang melibatkan ramai orang Melayu dirisikokan?

Sedangkan AS merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia melibatkan jumlah dagangan sebanyak RM325 bilion pada 2024 dengan jumlah eksport sebanyak RM198.65 bilion.

Nilai dagangan tinggi itulah yang mengukuhkan ekonomi Malaysia dan membuka peluang pekerjaan kepada ramai orang Melayu dan anak muda.

Justeru, saya tegaskan bahawa setiap langkah yang diambil kerajaan Madani adalah berpaksikan kepada kepentingan negara, dan bukan agenda politik kepartian.

Anjuran Turun Anwar 2.0 tanpa alasan kukuh adalah cubaan PAS yang berterusan menanam kebecian. Politik kebencian ini tidak Islamik dan boleh menggugat kestabilan dan perpaduan rakyat Malaysia.

FAIZ FADZIL ialah Setiausaha Agung Amanah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.