https://critoxium.com/shop/

Terkini

Musuh Boleh Selinap Melalui Apa Yang Kita Suka


Oleh Zaharudin Muhammad

Ramai yg pelik dengan posting saya yang lepas yang zahirkan dukacita bila Tan Sri Muhyidin letak jawatan Pengerusi PN. Yang tak setuju dengan posting saya mungkin sebab mereka lebih suka Pengerusi PN adalah PAS.

Saya tak nak ulas dulu isu Pengerusi PN mesti ulama sbb cuaca panas yang pentaksub2 masih tak boleh berfikir rasioanal, saya kena tunggu redup dulu. Cuma saya nak bagi 1 contoh yg selari, iaitu apa yg kita suka mungkin sebenarnya tak baik dari segi realiti dan kesan. Allah berfirman:

وعسى ان تحبوا شيئا وهو شر لكم

Maksudnya: Boleh jadi perkara yg kamu suka tak baik bagi kamu. - Baqarah 216.

Waktu PRU14 tahun 2018, kemenangan besar DAP bukan kerana faktor rakyat tolak BN sahaja, tetapi antara faktor utama juga ialah kerana PAS masuk en bloc sehingga kawasan K5 dan K6.

Kawasan K5 dan K6 ialah kawasan yang pengundi Melayu 50%-70%. Strateginya biarkan MCA atau MIC lawan DAP, maka MCA berpotensi menang justeru undi Melayu akan pergi ke MCA atau MIC. Jika PAS masuk, ia pasti membantu DAP mengalahkan MCA atau MIC kerana undi melayu akan pergi kepada PAS manakala undi bukan melayu akan pergi kepada DAP lebih banyak berbanding MCA. maka DAP akan menang dan ini terbukti dalam PRU13. Data yang ada pada saya, sekitar 16 Parlimen DAP dimenangi atas faktor ini.

Saya namakan dia Mr D, yang dilihat buat percaturan ini. Saya agak lama dalam team data dan kajian strategik parti, realiti ini adalah pantang larang yang kita jaga sejak beberapa penggal pilihanraya. Tiba2 pada PRU 13, corak berubah, dan of course ahli dan pimpinan kawasan suka dengan keputusan ini, tetapi tanpa mereka sedar keterlibatan ini adalah negatif secara umim walau secara khusus jentera kawasan suka sebab dapat masuk bertanding.

Yang saya pelik, Mr D yang saya yakin dia tahu pantang larang ni, kenapa dia all out utk PAS bertanding maksimum tanpa mengira level K kawasan tersebit. Kalau K1 K2 dan K3, lawanlah sampai patah kaki pun. Tp please jangan masuk kawasan K5 ke atas. Yang lebih pelik, siap dia turun jumla YDP kawasan K5 ni siap bagi duti arM10 K suruh lawan. Kita yang faham data dan statistik, cukup mengerti bahawa bagi duit tu sebenarnya instrumen yang blh memenangkan DAP. Dan memang itu terjadi sbb kawasan yang saya sebutkan itu sebelum ini MCA yang menang. Tapi PRU 1I Dap yang menang.

Begitu juga isu Pengerusi PN. Disebabkan saya tak boleh dedah data dan realiti, maka saya boleh simpulkan bahawa kalau Dr Samsuri jadi pengerusi PN ganti TSMY sekarang, saya cukup bimbang berdasarkan data yg ada pada saya dan kawan2, PAS akan hilang 37 kerusi Parlimen, dengan 3 senario dan kondisi yang bakal berlaku. Senario tersebut x blh saya sebut secara terbuka. Cuma saya bimbang kawan2 seronok untuk naikkan PAS atau lebih spesifik Dr Sam sebagai Pengerusi PN, tanpa menyedari ianya tidak baik untuk PAS dan Malaysia.

Jika PAS dah buat keputusan dalam Mesyuarat PAS Pusat dan Majlis Syura Lulus, bagi saya itu terbaik. Tapi jika keputusan ini hanya segelintir dan Mesyuarat hanya jadi tempat maklum tanpa bahas, maka itu tidak berkat dan itu modus operandi Jebon dulu. Maaf saya terpaksa bagi hint ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.