https://critoxium.com/shop/

Terkini

Isu Kuil Dijadikan Bahan Bakar, Bukan Untuk Penyelesaian”


Oleh Che Ibrahim Mohamed

Masih ada lagi yang sengaja tidak mahu faham tindakan kerajaan, sengaja mencari ruang untuk membakar dan mencetus bahang panas agar negara tidak boleh menikmati keharmonian antara kaum.

Bukan semua kuil haram patut dirobohkan serta merta. Proses pemutihan perlu dilakukan sebelum satu tindakan diambil.

Mungkin ada kuil yang dulunya dibina dengan izin, tetapi pemilik baru tidak mahu meneruskan keizinan.

Mungkin benar kuil tersebut dibina tanpa kebenaran, tetapi tuan tanah gagal membuat tindakan sewajarnya untuk menghalang.

Mungkin kuil tersebut dibina dengan izin, tetapi telah melanggar syarat nyata kegunaan tanah.

Serah dan yakinlah kepada Pihak Berkuasa, jika mereka gagal, kamu pilih kerajaan lain pula. Sekarang pun kamu dah tak setuju dengan kerajaan yang ada, maka apa saja yang kerajaan buat kamu akan bantah, kamu tetap akan cari lubang lubang ternganga untuk kamu hentam, bukan untuk dicari penyelesaiannya.

Semuanya berpunca kerana dalam hati kamu ada penyakit tidak suka kepada kerajaan dan PMX.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.