https://critoxium.com/shop/

Terkini

Isu Panas Hari Ini : Zamri, Kula, MIC, Dr Sam & Tol


Oleh Norman Radzuan

ISU PANAS HARI INI

Saya jawab atas kapasiti pandangan peribadi

1. Kula perlu dipecat dari kabinet Kerajaan Madani. Kehadirannya walau dlm apa kapasiti sekalipun pun dia tetap menghadirkan persepsi yg buruk kpd kerajaan.

Nasihat saya Kula jika mahu teruskan berpolitik masuk PN utk disucikan dosa2nya. Ingat Ramasamy pada tahun 2022 dikecam oleh Dewan Ulama PAS kerana anti Islam… Tidak sampai 2 tahun Ramasamy disucikan kerana bersama dgn perjuangan mereka.

2. Isu tol seperti di provok Akhbar Cina kononnya CNY tol hanya 50% diskaun. Sebenarnya sama sahaja Hari Raya pun 50% diskaun sahaja tambahan ketika ini berlaku konflik perang Iran Amerika.

3. PN nampak terdesak utk lakukan provakatif terhadap MIC. PN umum MIC bersama mereka tapi MIC kata belum ada keputusan rasmi berbuat demikian dari parti.

Ia ibarat hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Sepatutnya PN buat sidang akhbar bersama MIC utk pengumuman tersebut. Nampak sgt PN cuba provok utk MIC rasa tertekan, serba salah dan dimalukan bahawa parti itu ada memohon utk sertai PN. Siapa kena checkmate?

4 Isu Zamri Vinoth kenapa digari tapi Arun tidak. Kena tunggu kenyataan polis cuma dari pandangan peribadi, sb Zamri dituduh melarikan diri tapi Arun terus hadir ke mahkamah.

Patut perkara yg sama perlu dipersoalkan…Syamsul Iskandar (mantan Sutpol Kanan) di bawa ke mahkamah tangannya bergari tapi PAT steady sahaja berlenggang dan begitu juga dgn TSM sdgkan semuanya atas tuduhan rasuah.

5. Menantu Hadi beritahu tiada mana2 dlm mesyuarat PAS mengatakan Dr Sam bakal PM Malaysia. Jelas PAS sebenarnya terpecah kpd beberapa team.

Org bawahan tidak nampak apa yg berlaku perebutan kuasa di dlm parti ini kerana ketaksuban.

Saya akn ulas panjang lebar isu ini bagaimana liciknya PAS pergunakan parti2 lain utk meningkatkan populariti parti tersebut dan bagaimana liciknya permainan politik Dr Sam hingga senior2 dan rakan2 parti terpelanting dari kuasa nombor satu PN.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.