https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Jangan Cepat Menghukum: Isu Gari Perlu Difahami Secara Undang-Undang”


Oleh Muhammad Fairul Al Qasas

Dr Maza terlalu cepat buat kesimpulan. Hilang izzah sebagai Mufti. Kenyataan berbaur perkauman.

Dari status peguam Puan Asiah Jalil -

Kelas undang-undang. Perihal bergari atau tidak bergari semasa hadap tuduh di mahkamah.

Arun Dorasamy didakwa di Mahkamah Majistret Jawi kerana mengeluarkan kenyataan di Instagram yang boleh menimbulkan kegentaran awam yang dimuat naik pada 12 Mac 2025.

Zamri Vinoth didakwa di Mahkamah Majistret KL kerana mengeluarkan kenyataan di Facebook yang boleh menimbulkan kegentaran awam yang dimuat naik pada 3 Februari 2026.

Kenapa Arun Dorasamy boleh jalan lenggang kangkung ke mahkamah tanpa digari, sedangkan Zamri Vinoth terpaksa hadir ke mahkamah dalam keadaan bergari?

Cuba tengok tarikh kesalahan. Arun Dorasamy pada 12 Mac 2025, iaitu SETAHUN yang lalu. Manakala Zamri Vinoth pada 3 Februari 2026, iaitu SEBULAN yang lalu.

Dalam mana-mana siasatan kes jenayah, hanya satu kali tangkapan sahaja dibenarkan oleh undang-undang.

Setelah ditangkap, pihak polis boleh mohon reman 1 kali dan mohon sambung reman 1 kali. Dua kali itulah sahaja tempoh maksimum reman.

Selepas tempoh reman tamat, jika pertuduhan belum sedia untuk diteruskan, biasanya suspek akan dilepaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu.

Pihak polis boleh juga tangkap dan lepaskan pada hari yang sama, tanpa memohon perintah reman. Laporan tangkap dibuat, kemudian suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Suspek tidak boleh ditangkap sekali lagi pada bila-bila masa jua pun selepas itu. Maksudnya, polis tak boleh tangkap dua kali atau tiga kali untuk siasatan berkaitan kesalahan yang sama.

Jika kemudian pertuduhan sudah sedia untuk diteruskan ke mahkamah, barulah pihak polis akan beri notis kepada suspek untuk hadir ke mahkamah pada tarikh sekian-sekian.

Suspek boleh hadir ke mahkamah lenggang kangkung tanpa bergari.

So anda faham sekarang, kenapa hari ini Arun Dorasamy tak bergari ke mahkamah, sebaliknya Zamri Vinoth bergari?

Saya percaya tahun lepas Arun Dorasamy dah ada laporan tangkap. Sebaliknya Zamri Vinoth belum ada laporan tangkap.


 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.