Kenapa Tiba Tiba Ada Idea Penjawat Awam Disuruh Kerja Dari Rumah?
Oleh Azizul Bin Mokhtar
Ramai ingat ini pasal keselesaan. Silap. Ini sebenarnya pasal duit negara. Sekarang dunia sedang tegang. Timur Tengah panas.
Masalahnya… Ada satu laluan kecil yang sangat penting dalam dunia minyak. Selat Hormuz. Hampir 20% minyak dunia lalu di situ. Kalau laluan itu terganggu… Harga minyak dunia boleh naik mendadak. Bila harga minyak naik, negara seperti Malaysia akan terasa dulu. Kenapa?
Sebab kerajaan kita masih bayar subsidi petrol berbilion ringgit. Semakin banyak rakyat guna petrol, semakin besar duit kerajaan keluar. Jadi kerajaan mula fikir cara paling mudah: Kurangkan orang memandu setiap hari.
Kalau 1.6 juta penjawat awam kurangkan perjalanan harian… Bayangkan berapa juta liter petrol boleh jimat. Nampak macam keputusan kecil.
Tapi sebenarnya ini keputusan ekonomi negara. Cuma ada satu perkara yang ramai tak perasan. Kalau penjawat awam kurang bergerak…
Ekonomi kecil juga akan terasa. Warung pagi. Kedai makan tengah hari. Gerai tepi pejabat. Stesen minyak.
Semua itu hidup kerana pergerakan manusia setiap hari. Bila manusia kurang bergerak… Ekonomi kecil juga boleh perlahan. Ekonomi ini macam darah dalam badan.
Kalau aliran perlahan… Seluruh badan akan rasa. Dari sudut lain… Mudahnya. ada orang kecil yang akan terasa dulu.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.