https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mahathir Baru Bangkit Dari Mimpi


Oleh Mohd Sayuti Omar

Dr Mahathir kata hasrat untuk jadi PM tidak akan tercapai setakat kalau hanya menjadi ketua parti.

 Tanpa menyebut nama individu itu beliau merujuk kepada Mahiaddin, Hamzah dan lain lain pemimpin pembangkang yang bernafsu kurba untuk jadi PM.

Apa yang menjamin Melayu akan jadi PM, katanya apabila Melayu bersatu. Baginya tanpa penyatuan Melayu tidak mungkin nama nama dirujukkan itu bisa jadi PM.

Dr Mahathir, dihari kian senja tidak habis habis bercakap fasal perpaduan Melayu dan begitu obses kepadanya.

 Beliau nampak kepentingan itu setelah dirinya dalam keadaan lemah, tulang punggung sudah patah. 

Keadaannya itu seperti orang menyedari segala keindahan mimpi itu sesudah bangkit dari tidur. 

Apa yang boleh dilakukan hanya setakat mengenang dan merunggut.

Perpaduan Melayu sudah menjadi mitos dalam negara ini yang hampir setengah abad dibina oleh Mahathir sendiri.

 Orang Melayu tidak perlu perpaduan Melayu yang di mitoskan itu untuk jadi PM, tetapi cukup sekadar bijak menguruskan keperluan rakyat berbilang kaum ini. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.