“Selat Hormuz Tegang, Rakyat Malaysia Masih Tenang – Apa Rahsianya?”
Oleh Jason Yew
Walaun selalu mempertikai PMX kononnya asyik “call sana, call sini”, “terbang sana, terbang sini”. Hakikatnya mereka tidak faham betapa pentingnya hubungan diplomatik dalam menjaga keselamatan dan kepentingan sesebuah negara.
Isu krisis minyak yang sedang berlaku sekarang bukan semata-mata soal harga minyak global yang meningkat, tetapi risiko kekurangan bekalan minyak apabila Selat Hormuz, laluan utama perdagangan tenaga dunia, berdepan gangguan.
Sebelum ini, dengan satu panggilan kepada Presiden Turkiye, PMX berjaya membantu menyelamatkan misi Sumud Flotilla yang ditahan Zionis.
Kini, hasil hubungan diplomatik yang baik dengan Iran, kapal Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan laluan penting bekalan tenaga negara terus terjamin.
Namun seperti biasa, ada juga yang masih memainkan naratif kononnya Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tidak sepatutnya terkesan dengan kenaikan harga minyak pasaran. Hakikatnya, Malaysia sudah lama menjadi pengimport bersih (net importer) petroleum, sebab itu harga minyak tempatan tetap dipengaruhi oleh pasaran global.
Yang membezakan Malaysia ialah kerajaan sudah bersiap siaga lebih awal dengan pelaksanaan BUDI95, bagi memastikan subsidi minyak benar-benar dinikmati rakyat Malaysia serta mengekang ketirisan dan penyeludupan di sempadan.
Sebab itu, ketika ada negara berdepan krisis bekalan minyak, rakyat terpaksa beratur panjang di stesen minyak, malah berlaku perebutan untuk mendapatkan bekalan. Rakyat Malaysia pula masih boleh menikmati harga RON95 yang rendah tanpa perlu melalui situasi tersebut.
Inilah hasil diplomasi strategik PMX serta kesiapsiagaan kerajaan dalam mendepani krisis tenaga global, sekali gus memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus dilindungi.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.