https://critoxium.com/shop/

Terkini

Berita Letak Jawatan , Nurul Izzah Perlu Jelas Sendiri


Oleh Mohd Sayuti Omar

Penafian oleh Setiausaha Agung Keadilan Fuziah Salleh mengenai ada khabar angin mengatatakan Nurul Anwar akan melepaskan jawatan timbalan presiden dalam masa terdekat tidak menuntaskan isu berkenaan.

Demikian juga dengan penjelasan Ketua Komunikasi Keadilan Fahmi Fadhil yang memberitahu Nurul Izzah masih bersemangat bekerja semasa bermesyuarat juga tidak menghentikan desas desus berkenaan.

Nurul Izzah diberitakan akan melepas jawatan dalam masa terdekat. Berita itu setakat ini disifatkan tidak berasa dan palsu.

Apabila mengjngatkan sejarah dan apa pernah berlaku kepada timbalan presiden Keadilan itu, ia tidak pelik kerana sebelum ini beliau pernah melepaskan semua jawatan parti, tanpa sebab sebab dijelaskan. Parut itu tidak mustahil boleh terkobek semula.

Justeru adalah elok Nurul Izzah sendiri tampil menafikan desas desus berkenaan agar ia menokhtahkan apa yang akan mula berlegar itu. Jangan buarkan bangkai mula membusuk.

Kemungkinan Nurul Izzah sekali lagi membuat “reset” politik tidak pelik memandangkan ada beberaoa keadaan politik negara yang dipimpin bapaknya itu tidak serasi dengan selearanya dan ada kala dilihat sebagai kontradik. Apa lagi Nurul Izzah punya perangai tersendiri.

Selain itu apa juga menjadi masalah kepada bekas ahli parlimen Lembah Pantai dan Permatang Pauh itu beliau dilihat tidak berkeupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai timbalan presiden Keadilan. Jiwa Nurul Izzah semacam sedikit terganggu dan sukar untuk mengembalikan self-confidence.

Setakat ini belum ada apa apa impak yang dilakukannya untuk mengobarkan Keadilan, dalam kata lain Keadikan belum teraura olehnya. Jauh sekali menampilkan perwatakan dirinya sebagai pemimpin utama negara masa depan seperti diharap harapkan.

Nurul Izzah tidak perlu berlama lama mengeram khabar angin yang dibelitkan kepada dirinya itu, apa lagi kalau menyerahkan penjelasannya kepada orang lain seperti Fuziah atau Fahmi Fadhil ia bukan cara menokhtahkan spekulasi itu. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.