https://critoxium.com/shop/

Terkini

Shahed-101: ‘Hantu Langit’ Terbaharu Iran


Belum sempat pihak Amerika dan sekutu habis pening memikirkan dron Shahed-136, kali ni Iran perlihatkan dron baru pula.

Memperkenalkan killer upgrade terbaharu persenjataan Iran Shahed-101. Ini bukan dron calang-calang. Shahed-101 adalah dron berani mati yang direka khas untuk serangan darat dengan ketepatan tinggi.

Taktik utama Iran?

Hasilkan dron kos rendah dengan kuantiti yang banyak tapi beroperasi ibarat hantu yang sukar dikesan radar.

Kenapa Shahed-101 ni bakal jadi mimpi ngeri baru sistem pertahanan udara Barat?

1. Terbang Jauh dan Senyap

Dron ini dikuasakan oleh enjin elektrik sepenuhnya dengan kipas diletakkan di bahagian depan untuk menarik dron membelah angin.

Kesannya? Ia terbang sangat senyap tanpa bunyi berdengung, mengeluarkan haba yang sangat rendah dan boleh pergi sejauh 500 kilometer dengan kelajuan 120 km/j tanpa disedari musuh.

2. Sistem Pelancaran Roket & Sirip X

Masa nak berlepas, ia menggunakan rocket booster di ekor untuk pecutan pantas dari pelancar. Bila roket dah habis terbakar, barulah enjin elektrik mengambil alih.

Bahagian ekornya pula menggunakan penstabil berbentuk 'X' supaya penerbangannya sangat stabil walaupun pada ketinggian 3,000 meter.

3. Bawa Peledak 8 - 10 Kilogram

Walaupun reka bentuknya nampak ringkas, ia membawa kepala peledak letupan berkuasa tinggi seberat 8 hingga 10 kg. Cukup padu untuk hancurkan sasaran darat yang penting.

4. Guna Teknologi Ciplak Amerika

Rupa-rupanya reka bentuk aerodinamik dron ini dicedok daripada teknologi dron Barat yang pernah dirampas Iran sebelum ini, terutamanya dron perisik AS, RQ-170 Sentinel. Mereka kaji dan guna balik ilmu musuh!

5. Boleh Ubah Suai

Dron ni sangat fleksibel. Bahagian depannya boleh diubah suai untuk diletakkan sistem komunikasi atau kamera peninjau bagi tujuan mengintip kawasan musuh sebelum serangan besar-besaran dibuat.

6. Dah Mula Beraksi di Lapangan

Shahed-101 bukan sekadar prototaip. Dron ini dilaporkan sudah pun digunakan dalam serangan di utara Iss Ra ill dan kelibatnya juga telah dikesan di ruang udara Ukraine.

Kesimpulannya, peperangan moden dah makin menakutkan. Dron yang murah dan dibina secara pukal macam Shahed-101 ni terbukti mampu buatkan sistem pertahanan canggih bernilai jutaan ringgit musuh berpeluh nak tepis

FB Muhammad Azmi Jamaludin

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.