Trump Silap Kira
Oleh A Kadir Jasin
1. Hamad bin Jassim, ahli politik Qatar, berkata: "Sebaik saja kita isytihar perang terhadap Iran, Amerika akan tarik diri dari konflik, jual senjata kepada kedua-dua belah pihak, eksploitasi sumber kekayaan kita untuk tewaskan kita demi melaksanakan rancangan Israel Raya."
2. (As soon as we declare war against Iran, America will withdraw from the conflict, sell weapons to both sides, and exploit our resources to defeat both sides to implement Greater Israel project).
3. Satu analisis dan amaran yang tepat dan jelas oleh Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani, usahawan dan bekas Perdana Menteri Qatar (2007–2013).
4. Tujuan Donald John Trump dan pelampau haluan kanan Amerika adalah melaga-lagakan negara-negara Islam supaya Israel menjadi kuasa dominan Asia Barat.
5. Amerika terdesak untuk memindahkan perangnya dengan Iran kepada negara-negara Arab kerana ia dan Israel telah tersilap membuat perhitungan.
6. Perisikan mereka gagal mengetuai kekuatan dan kecanggihan persenjataan Iran.
7. Mereka juga gagal memahami keutuhan ideologi politik dan ketahanan chain-of-command pentadbiran Republik Islam.
8. Mereka ingat macam operasi haram mereka di Venezuela. Dengan menculik Presiden Nicolas Maduro, mereka jatuhkan kerajaan dan "lantik" pengganti (Delcy Rodriguez) yang Trump sifatkan sebagai sangat bagus.
9. Bagus kerana Amerika kini menguasai khazanah bumi Venezuela. Itulah yang Amerika hendak buat dengan minyak Iran.
10. Dengan membunuh Ayatullah Ali Hosseini Khamenei, Trump ingat dia boleh melantik boneka di Iran seperti di Venezuela.
11. Setakat ini dia dan sekututu-sekutunya silap besar. Iran belasah Israel sepertimana Israel bertindak kejam ke atas rakyat Palestin.
12. Tidak menghairankan langsung kalau Trump sedang mencari jalan dan helah untuk keluar daripada konflik dengan Iran.
13. Kedudukan Trump di negaranya sendiri semakin tercabar kerana perang dengan Iran dibantah oleh banyak pihak di Amerika. .




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.