https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Markas PAS Tiba-Tiba Mewah”


Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Orang Pas bukan marah sebab saya kata markas depa mewah semasa PRU lepas.

Sebenarnya depa pun seronok markas depa mewah.

Yalah, semenjak puluhan tahun sebelum itu, markas depa makan biskut mayat cicah kopi o sahaja.

Adalah sekali sekala makan laksa, mihun goreng, nasi ikan temenung bakar, kue teow dan macam-macam.

Tapi itu sekali-sekala saja sebab yang kerapnya biskut patsagi dengan teh o sejuk pakai cawan polisterin.

Tup-tup dalam PRU baru ni, fuh...depa mewah sakan.

Bukan saja makan mewah, tapi duit tunai, baju, topi, minyak motor, cabutan bertuah dan macam-macam.

Duit turun macam daun getah gugur musim kemarau.

Bukan satu tempat, tapi satu Malaysia mewah macam tu.

Bukan mewah biasa, tapi mewah luar biasa.

Ada satu tempat, saya diberitahu petugas Pas dimarah kerana tak belanja duit.

Jadi...

Orang tentu tanya, duit semua tu datang dari mana?

Apabila timbul kes bekas PM dari PN didakwa di mahkamah dan diberitahu ada duit masuk dalam akaun Bersatu RM225 juta...

Maka otak orang ramai pun kaitkan duit itu dengan kemewahan markas Pas dalam PRU lepas.

Peristiwa PN berada dalam kerajaan, diikuti oleh Pas mewah semasa PRU, diikuti oleh PM daripada PN didakwa isu duit, menguatkan sangkaan duit itu adalah duit yang disonglap daripada entah mana-manalah.

Ini bukan fitnah, ini sangkaan. Sangkaan pun bukanlah buruk pun, sangkaan baik.

Pas mewah selepas berkawan dengan Bersatu, takkan sangkaan macam tu dikata buruk pula?

21 Ramadan 1447h.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.