“Trump Dakwa Menang, Tapi Kenapa Perang Mahu Dihentikan?”
Oleh Nasaie Ismail
1. Dua hari berturut-turut Trump mengumumkan perang terhadap Iran akan ditamatkan segera. Hanya menanti masa untuk beliau umumkan tamat, maka ia akan tamat.
2. Apa sudah jadi? Bagaimana dengan ugutan keras beliau kepada Iran supaya 'surrender' tanpa syarat atau akan diserang 20 kali ganda lebih hebat? Bagaimana dengan dua tujuan utama untuk US lakukan 'regime change' di Iran dan hapuskan nuklear Iran?
3. Ketika menyebut kenyataan pertama semalam beliau mengulang-ulang bahawa Amerika dan Is ra el telah pun menang. Empat kekuatan Iran telah dimusnahkan iaitu Tentera Laut (musnah sepenuhnya). Tentera Udara Iran juga musnah sepenuhnya. Balistik Missile dan Drone Iran sudah dimusnahkan majoritinya. Itu kata Trump. Maka dia sudah menang.
4. Dalam empat perkara disebut menang tersebut, langsung tak disebut dia berjaya dalam dua tujuan utama iaitu regime change dan nuklear. Ya dia berjaya membunuh pemimpin tertinggi Iran Syed Ali Khamene'i yang dibom ketika berada di pejabat dan kediaman beliau, bukan di dalam kubu di bawah tanah.
5. Tetapi selepas seminggu mereka berjaya menaikkan pemimpin baru lebih muda 56 tahun Syed Mojtaba Khamenei sebagai penggantinya. Bahkan Mojtaba mewakili kerajaan Revolusi dan berpegang dengan pegangan yang sama oleh pendahulunya bahawa Amerika mesti ditentang dan Is ra el mesti dihapuskan. Jadi tidak ada beza.
6. Bahkan disebalik sebaris nama calon pemimpin tertinggi negara, Mojtaba adalah senarai teratas yang paling tidak boleh diterima Amerika dan Trump. Maka dengan Iran memilih beliau memberi petunjuk berlawanan dengan kehendak Amerika. Terus Trump dan pemimpin Is ra el mengugut untuk segera membunuh Mojtaba pula sebagaimana pendahulunya.
7. Tiba tiba dua hari berturut turut umum perang sudah hampir tamat. Adakah Iran meminta ditamatkan perang? Sebagaimana Perang 12 Hari Jun 2025, Iran tidak meminta gencatan senjata tetapi AS dan Is ra el yang menuntut gencatan senjata. Maka hari ini juga Iran tidak meminta dihentikan perang.
8. Sepatutnya sebagai mangsa yang diserang dengan teruk oleh AS dan Is ra el, Iran lah yang patut merayu gencatan senjata. Tetapi tidak. Apa sudah jadi dengan Trump? Dalam kenyataan terbaru (rabu) untuk kali kedua menyatakan jelas bahawa perang akan beliau tamatkan segera tidak lama lagi, alasannya sedikit berlainan.
9. Kali ini kata Trump, tidak ada lagi sasaran serangan yang tinggal di Iran untuk mereka serang. Dengan makna sudah habis sasaran AS dan Is ra el telah dibom oleh tentera AS. Ia termasuklah sasaran ketenteraan atau persenjataan, sasaran politik samada pemimpin pemimpin Iran dan Tentera Pengawal Republik dan segala kekuatan Iran yang lain.
10. Tetapi dunia, rakyat Is ra el dan rakyat di negara Teluk serta tentera US yang bertapak di sekitar 27 buah US Military Base di seluruh Middle East menjadi saksi, hari demi hari serangan Balistik Missile dan Drone Iran masih dilancarkan tanpa henti setiap hari.
11. Selat Hormuz yang ditutup sejak awal peperangan kekal ditutup Iran dan serangan terhadap kapal kapal yang cuba melaluinya terus berlaku. Jadi bagaimana hendak dikatakan Iran sudah lumpuh ketenteraan dan persenjataannya dan bagaimana Trump hendak mengatakan sudah habis sasaran diserang US di Iran?
12. Dari mana pula datang senjata senjata dan pasukan pasukannya yang kekal melakukan serangan harian terhadap Is ra el dan kepentingan US tersebut? Jadi Trump telah memaparkan kekeliruan terhadap tujuan perang US terhadap Iran dan memaparkan bahawa US lah yang bersungguh sungguh mahu menghentikan perang. Kenapa?
13. Bagi pihak Iran pula. Bagaimana mereka hendak hentikan perang? Pastinya selepas tercapai objektif perang mereka. Apakah objektif Iran dalam perang ini? Mudahnya serang balas apabila mereka diserang. Tetapi ia tidak mudah mudah disimpulkan sekadar itu. Kerana jika segera mereka menerima gencatan senjata, ia bakal memudaratkan Iran di kemudian hari.
14. Iran mempelajari gencatan senjata dalam Perang 12 Hari Jun 2025. Ya. Ia memberi kesempatan kepada Iran untuk membina kekuatan mereka kembali. Tetapi ia juga memberi kekuatan berganda kepada AS dan Is ra el untuk 'regroup' kembali membina kekuatan dan seterusnya melancarkan serangan berganda besar sejak 28 Februari lalu.
15. Hal yang sama akan terjadi jika Iran dengan mudah menerima segera gencatan senjata. Maka apa yang perlu mereka lakukan ialah, jika pun tidak menewaskan AS dan Is ra el sepenuhnya, mereka perlu memastikan kekuatan pertahanan AS di rantau tersebut dipatahkan.
16. Mudah difahami 27 kem tentera AS yang berada di seluruh rantau Asia Barat yang selama ini dihalakan kepada Iran, mengancam Iran, mesti dihapuskan, dimusnahkan atau setidaknya dilumpuhkan. Kem masih ada. Tentera majoritinya masih hidup. Tetapi aset pertahanan strategik milik AS terutamanya radar, sistem pertahanan udara dan sekala aset strategik ini perlu dihapuskan sepenuhnya atau secara majoritinya.
17. Agar kekuatan AS di rantau tersebut dilemahkan dan mengambil masa setidaknya 10-20 tahun untuk dibina semula. Itu pun jika tuan tanah negara negara Arab itu terus membenarkannya. Kelihatannya tidak mudah kerana tiada jaminan mereka akan selamat dengan adanya kem tentera AS di situ. Sudah terbukti selama 11 hari ini.
Sehingga ke hari ini, kita mendapat berita kem kem tentera AS yang diserang memang terjejas khususnya di Kuwait, Bahrain (tentera laut), di Qatar (kem tentera udara US terbesar) dan lain lain. Cuma, sejauh mana saiz kemusnahan tersebut tidak diketahui. Jika belum sampai tahap yang diinginkan, maka bagi Iran merlea perlu meneruskan perang tersebut.
18. Jadi itu sahaja jalan yang tinggal kepada Iran sebelum menghentikan perang. Selain itu Iran juga perlu memaksimakan tekanan dunia akibat sekatan di Selat Hormuz yang akan mengakibatkan ekonomi dunia keseluruhannya akan terjejas teruk. Sekarang baru 10 hari sudah terjejas. Bagaimana jika berlarutan 21 hari atau lebih?
19. Maka dengan kesan buruk ekonomi dunia tersebut, tidak ada dunia yang sanggup melihat sekali lagi AS dan tuannya Is ra el untuk memulakan perang baru terhadap Iran di masa hadapan. Itu juga jalan berbaki buat mereka. Memang perit. Jika dunia perit dengan kenaikan harga minyak, berikutnya kenaikan harga barang dan boleh jadi terputusnya bekalan makanan akibat sekatan baja baja dari Teluk, Iran yang menjadi mangsa serangan AS-Is ra el tentulah lebih teruk.
20. Mereka kematian rakyat dan pemimpin. Iran musnah kediaman dan aset aset kerajaan mereka. Perit. Tetapi apa jalan yang berbaki untuk mereka? Mereka tiada jalan selain memberi pengajaran dan tekanan kepada dunia. Ketiganya ialah perundangan antarabangsa memberi hak kepada Iran untuk menyerang balas.
21. Setelah dikepung selama 47 tahun, diugut dan dikenakan sekatan, diserang dalam pelbagai peperangan proksi dan peperangan secara langsung. Iran tidak banyak pilihan untuk menyerang balas. Kerana undang undang antarabangsa tidak membenarkan. Tetapi kali ini pembuli utama dunia, AS dan Is ra el sendiri disaksikan dunia memulakan perang terhadap mereka, maka piagam PBB membenarkan mereka melakukan serangan balas. 22. Untuk mendapat kesempatan sebesar ini ia menanti puluhan tahun. Maka istilahnya rugi buat Iran jika tidak guna kesempatan tersebut. Maka peranglah selagi mana mereka mahu sehingga tercapai objektif atas nama melakukan serangan balas. Itulah posisi Iran ketika ini.
23. Berbalik kepada Trump. Tidak banyak perlu diulas kerana dalam negara sendiri termasuk di Senat Amerika, beliau dipertikaikan. Dua kali taklimat Setiausaha Negara Marco Robio bersama Setiausaha Pertahanan gagal meyakinkan anggota senat berkenaan peperangan tersebut. Melainkan sekadar menurut perintah tuannya Is ra el.
24. Manfaat buat US tak ada. Manfaat untuk sekutunya di Teluk juga tak ada. Malah semakin mudarat. Manfaat yang kononnya sebagai pembebasan rakyat Iran pun tak ada. Maka dia gagal meyakinkan rakyat dan pemimpin AS. Malah buat kali pertamanya lebih 20 kem kem tentera Amerika diserang oleh negara luar tanpa henti lebih seminggu.
Sehinggalah Trump dan Setiausaha Pertahannya mula memainkan 'kehendak' agama yang menyebabkan mereka pelru berperang. What??? Agama pula digunanya.
25. Kenapa jadi begitu? Disebalik Trump yang selalu melaungkan dirinya sebagai terpandai? Tetapi kini dua hari berturut turut menyebut hendak hentikan perang. Tidak perlu lihat banyak. Kita pergi kepada dua perkara sahaja. Dalam kes Venezuela, Trump menyebut bahawa dia yang akan mentadbir Venezuela. Begitu juga dengan Greenland dan Canada. Dia juga akan mentadbir kedua dua wilayah tersebut yang dianggap Trump sebahagian milik AS.
26. Sama dalam kes Iran. Trump menyatakan bahawa dia akan turut serta memutuskan siapa pengganti Ayatollah pemimpin utama Iran tersebut. Kesemua pengistiharan Trump ini adalah bentuk lama penjajahan yang telah ditinggalkan hampir 100 tahun yang lalu. Bagaimana tokoh nombor satu Amerika ini masih menggunakan teknik lama penjajahannya?
27. Ia benar benar ketinggalan. Dan akan terus ketinggalan. Lalu sama sama kita saksikanlah kesilapan demi kesilapan yang bakal dilakukan seterusnya oleh Trump yang akan membawa akibat buruk buat kuasa dunia tersebut. 28. Disangka hadir memimpin AS buat kali kedua untuk mengangkat Amerika great again. Bertukar kepada Trump lah yang menjadi punca semakin cepat proses kejatuhan AS itu akan berlaku. Tiadalah sebarang kejayaan yang nyata buat pemimpin dan negara yang terlalu sombong, kerana dengan sombong akan menutup kebijaksanaan dan terjerumus kepada melayan ego pemimpin dan negara tertentu khususnya tuannya Is ra el.
29. Maka bakal jahanamlah kedua duanya. Tangan yang membakar Iran, membakar Pales tim, Lubnan dan seluruh Timur Tengah, ketika ini telah terbakar tangan mereka sendiri, menanti hari untuk terbakar tubuh mereka juga dan menamatkan kesombongan dan penjajahan kotor mereka. Darah darah ratusan kanak kanak sekolah di Iran yang dibunuh dan puluhan ribu kanak kanak dan wanita yang dibunuh di Ga za, itu kini menjadi baja yang subur yang akan mengangkat perlawanan dan kemenangan.
# Hasbunallahu Wani'mal Wakil




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.