https://critoxium.com/shop/

Terkini

Murka


Kita menyokong penuh sesiapa pun yang mempertahankan Raja2 Melayu. Pemimpin DAP yang ketegaq kita wajib sanggah.

Tapi saya nampak, terlalu all out pemimpin dan penyokong PAS/ Perikatan Nasional guna isu ini.

Adakah mereka lupa mereka pernah buat Agong dan Sultan murka?

Ok nak pertahankan Raja. Tapi jangan hanya guna Raja bila convenient.

Bila kena selera politik, Raja dipertahankan. Bila tidak, Sultan dan Agong pun dilanggar sampai murka.

Perlu lah konsisten.

Tahun 2024 bila DS Sanusi memperlekehkan Sultan Selangor, dan baru-baru ini polemik melibatkan Raja Perlis tentang pertukaran MB, kita lihat bagaimana Raja-Raja turut dicaci oleh penyokong tegar mereka.

Ronnie Lui kita memang tahu derhaka. Sudah pernah kena dakwa.

Tapi bila pemimpin Melayu kita buat Sultan murka dan dukacita, setakat ini tiada tindakan juga.

Adakah mereka kalis derhaka?

Salam hormat,
Liyana Marzuki 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.