https://critoxium.com/shop/

Terkini

Adakah PH-BN sekufu? Atau Adakah BN-PN sekufu?


Oleh Mohd Yusri Ibrahim

Adakah PH-BN sekufu?

Tidak, mereka hanya bekerjasama untuk bentuk kerajaan pasca PRU15.

Adakah BN-PN sekufu?

Tidak, mereka hanya bekerjasama untuk menyekat kemenangan PH.

Bagaimana pula PH-PN?

Mereka juga tidak sekufu, telah teruji dalam rumah tangga PR sebelum ini.

Kenapa kondisi2 ini penting untuk difahami?

Kerana berdasarkan kekuatan semasa, tiada mana2 parti berpotensi menang secara solo dalam PRU16 akan datang.

Lalu, apa pilihan2 yang ada?

Pertama tetap membentuk kerjasama politik walaupun tidak sekufu, sudah tentu banyak cabaran menanti. Kedua, masing2 bertanding solo, kemudiannya bekerjasama untuk bentuk kerajaan selepas PRU (jika tiada parti cukup majoriti).

Pilihan mana lebih baik?

Jawapannya sangat subjektif, bergantung kepada perspektif masing2.

Kata putus pada siapa?

UMNO/BN paling berpengaruh untuk membuat keputusan, sama ada berkolisi atau bergerak solo.

Apa pilihan UMNO/BN?

BN telah bekerjasama dengan PH dalam PRN 6 negeri Ogos 2023 dan siri2 PRK selepas itu.

BN telah bekerjasama dengan PN dalam PRN Negeri Sembilan tempoh hari (juga sedikit dalam PRN Johor).

Maksudnya UMNO/BN sudah ada data dan pertimbangan2 kerjasama dengan dua parti tersebut.

Yang UMNO/BN belum ada adalah data dan pertimbangan terkini bergerak secara solo (dalam konteks Semenanjung).

Apa strategi terbaik UMNO/BN?

Strategi terbaik adalah menguji semua model, termasuk model solo.

DUN Melaka dijangka dibubar selepas PAU nanti, barangkali dalam tempoh dua minggu lagi.

Ini peluang terbaik UMNO/BN membuat eksperimen terakhir sebelum PRU16.

Bagaimana kalau keputusan nanti tidak menguntungkan UMNO/BN?

Nama pun eksperimen, sama ada dapatan menyokong hipotesis atau tidak, semuanya memberi makna besar untuk langkah ke depan (way forward).

Apa2 keputusan PRN Melaka boleh dijadikan landasan bermakna untuk membuat pilihan dalam PRU16 selepas itu.

Esok PAU 2026 akan bermula, selamat bersidang kepada kawan2 UMNO.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.