https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mb Nismilan Kena Paksa Makan Masak Lomak Cili Padi Terlebih Podeh

1.Perkembangan terbaru di Negeri Sembilan menimbulkan persoalan besar yang wajar dijawab secara terbuka.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, mengakui beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi tetapi mendakwa tandatangan itu dibuat tanpa rela hati dan secara paksaan (duress).Beliau juga telah membuat laporan polis dan menyatakan dokumen itu tidak memenuhi proses Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Saya menghormati penjelasan beliau dan menyerahkan dakwaan paksaan itu kepada siasatan pihak berkuasa.

2.Namun persoalan rakyat tetap perlu dijawab:

Macam mana tergamak MB angkat sumpah sebagai MB negeri sembilan depan Tuanku Mukhriz 2 Ogos 2026 dan keesokannya 3 Ogos 2026 tanda tangan pecat Tuanku Mukhriz.8 Sept baru buat laporan polis mendakwa beliau di paksa.9 sept 2026 baru beri tahu media yang beliau di paksa.

3.Jika benar dipaksa, siapa yang memaksa?

Jika tidak bersetuju, mengapa tandatangan diberikan?

Jika dokumen itu tidak sah, siapa yang meminta atau mengarahkan ia ditandatangani?

4.Ini bukan tandatangan pada dokumen biasa. Ia menyentuh institusi Raja dan Perlembagaan negeri.Bayangkan apa akan jadi mada depan negori Sembilan kalau MB nya pakai hentam gromo tanda tangan.Habis satu negeri Sembilan dijualnya.

5.Jangan lupa sejarah beberapa bulan lalu.Pada 27 April 2026, kesemua 14 ADUN UMNO-BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar ketika itu, Aminuddin Harun, dengan alasan krisis yang membabitkan institusi adat dan Perlembagaan negeri.Tindakan itu mencetuskan krisis politik Negeri Sembilan.

6.Persoalannya, mengapa krisis adat yang sepatutnya diselesaikan melalui saluran adat, Perlembagaan dan undang-undang akhirnya dijadikan krisis politik?.Pimpinan Politik sepatutnya pada masa itu memurni dan meharmonikan keadaan.Bukannya menajam dan mengambil peluang untuk di politikan.

7.Yang Peleknya, hari ini Menteri Besar daripada UMNO sendiri berada di tengah-tengah krisis adat yang sama, malah beliau mendakwa tandatangannya diperoleh secara paksaan.Terkejut seluruh rakyat Negeri Sembilan Menteri Besarnya kena paksa.Macam kena Paksa makan masak lomak cili padi terlebih podeh.Habis satu Nismilan sakit pedih perut.

Dulu MB PH Tok Min dipersoalkan dalam krisis adat yang Tok Min enggan tanda tangan.

Hari ini MB UMNO pula terperangkap dalam krisis adat dan mendakwa beliau dipaksa.

8.Jadi rakyat berhak bertanya:

Adakah dahulu benar-benar soal mempertahankan adat dan Perlembagaan, atau krisis adat telah dijadikan tangga untuk perebutan kuasa?.

Jika masalahnya Perlembagaan, patuhi Perlembagaan.

Jika ada pertikaian undang-undang, biarkan undang-undang menentukan.

Jangan politikkan adat dan Istana.Jangan gunakan krisis adat sebagai bahan perebutan kuasa.

9.Negeri Sembilan memerlukan kestabilan, bukan permainan kuasa.

Dan yang paling penting, rakyat jangan sekali lagi dipaksa membayar harga daripada krisis yang dicipta oleh politikus.

10.Dulu krisis adat dijadikan senjata untuk menjatuhkan MB.Hari ini MB sendiri mendakwa tandatangannya dipaksa. Kalau MB cuma pena, rakyat berhak tahu siapa yang memegang tangannya?”

Rakyat negeri Sembilan kena Cari siapa yang pegang tangan MB dan memaksa MB Negeri Sembilan tanda tangan.Malu seluruh negeri sembilan bila MB kata dia di Paksa.

RENDANG MAMAN NISMILAN SODAP.

MAHFUZ OMAR
PEMINAT NO1
RENDANG MAMAN NISMILAN

KHAMIS 10 SEPT 2026
ALOR SETAR
KEDAH DARULAMAN.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.