Pak Man Telo : Otai Scammer Yang Disanjung
Oleh Adrian Lim Chee En
Osman Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pak Man Telo merupakan scammer paling lagenda di Malaysia.
Beliau memulakan kerjaya sebagai scammer pada tahun 1972, melalui Skim Pertama Berhad dengan janji pulangan setinggi 12% sebulan.
Pada awalnya, ramai
yang sangsi dengan skim ini.
Apa tidak? Skim Pak Man Telo tidak mempunyai bentuk aktiviti perniagaan yang sahih, tetapi mampu menjanjikan pulangan yang luar biasa pula.
Celah mana Pak Man Telo nak cari duit bayar pelabur?
Namun, disebabkan beberapa pelabur awal berjaya menjadi kaya selepas menyertai Skim Pak Man Telo, berita ini tersebar luas. Sikap tamak manusia mendorong orang ramai terpukau dengan Skim Pak Man Telo.
Dalam sekelip mata sahaja, Pak Man Telo berjaya mengutip hampir RM100 juta daripada 50,000 orang “pelabur”. RM100 juta pada tahun 1972 adalah bersamaan RM700 juta pada hari ini.
Oleh kerana skim Pak Man Telo tidak mempunyai aktiviti perniagaan yang sahih, maka tidak semua pelabur berjaya menjadi kaya. Pelabur awal menerima pulangan luar biasa, tetapi pelabur yang menyertai skim ini kemudian mengalami kerugian
Akhirnya, jumlah pelabur yang mengalami kerugian melebihi jumlah pelabur yang mengalami keuntungan.
Pada tahun 1989, kegiatan Pak Man Telo mula menerima perhatian kerajaan pada ketika itu, iaitu UMNO. Lalu, tindakan diambil. Kediaman Pak Man Telo telah diserbu dan wang tunai sebanyak RM2 juta telah dirampas.
Pada tahun 1991, Pak Man Telo ditahan dan dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat sebelum didakwa di bawah Akta Institusi Kewangan dan Bank (BAFIA).
Peguam Negara pada ketika itu? Abu Talib Othman.
Menteri Dalam Negeri pada ketika itu? Mahathir Mohamad.
Di mahkamah, Pak Man Telo membuat pengakuan bahawa syarikatnya tidak mempunyai rekod transaksi yang lengkap, maka jumlah sebenar wang yang telah dikutip daripada orang ramai adalah tidak diketahui.
Pengakuan tersebut menyebabkan ramai pelabur mula panik. Keadaan menjadi lebih parah apabila satu pelabur gagal menerima pulangan yang dijanjikan.
Kemarahan pelabur memuncak sehingga berlaku beberapa insiden luar biasa. Di antaranya, anak lelaki Pak Man Telo diculik. Penculik memaksa Pak Man Telo memulangkan wang pelaburan mereka.
Selain itu, ratusan pelabur turut mengambil tindakan saman terhadap Pak Man Telo.
Kes ini akhirnya menjadi skandal skim cepat kaya paling terkenal dalam sejarah tanah air dan membuka mata ramai pihak tentang bahaya pelaburan yang tidak sah serta janji-janji keuntungan yang tidak masuk akal.
Selepas menjalani hukuman penjara di Taiping, Pak Man Telo dibebaskan pada November 1992 dan dibuang daerah ke Terengganu.
Walaupun kegiatan tidak sah Pak Man Telo telah mengakibatkan kerugian besar kepada berpuluh-puluh ribu mangsa, beliau masih disanjung oleh para penyokongnya.
Majoriti penyokong Pak Man Telo berpandangan bahawa Pak Man Telo merupakan mangsa fitnah. Malah ada yang percaya bahawa bangsa lain iri hati dengan “kejayaan” Pak Man Telo, sedangkan Peguam Negara dan Menteri Dalam Negeri yang mengambil tindakan pada ketika merupakan orang Melayu.
Fools never learn.
Lebih tiga puluh tahun selepas kisah Pak Man Telo menggegar negara Malaysia, muncul lagi sebuah kisah Pak Man Telo pada tahun 2000an. Dan skim ini disokong oleh segelintir golongan labu labi.
Tabung Haji yang diasas pada tahun 1995 untuk membantu umat Islam di Malaysia membuat simpanan secara patuh syariah bagi menunaikan ibadah haji telah dikendalikan seperti skim Pak Man Telo.
Di bawah Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995, pembayaran hibah tidak bersifat wajib. Pembayaran hibah hanya boleh dibuat sekiranya jumlah nilai aset Tabung Haji melebihi jumlah nilai liabiliti Tabung Haji.
Di antara tahun 2014 sehingga tahun 2017, Tabung Haji merekodkan nilai liabiliti melebihi nilai aset. Pendek kata, TH mengalami kerugian sejak tahun 2014 lagi.
Jumlah kerugian? Berbilion-bilion setiap tahun.
Menurut Seksyen 22 Akta Tabung Haji, sepatutnya, hibah tidak diumum.
Walau bagaimanapun, perkara ini disembunyikan oleh kerajaan UMNO dengan cara menggunapakai disiplin pengauditan yang berbeza. Maka Tabung Haji kelihatan seolah-olah mempunyai keuntungan, lalu hibah diumum.
Persoalannya. Sekiranya TH mengalami kerugian, di mana mereka cari duit bayar pencarum?
Jawapannya, duit orang baru diguna untuk bayar orang lama.
Proses ini diulang dan diulang. Itulah Tabung Haji ala skim Pak Man Telo.v Seperti skim cepat kata Pak Man Telo, perbuatan ini disokong oleh segelintir pemimpin politik yang dahagakan kuasa serta para penyokong mereka.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.